Siswa ditawar jelajah Antartika, Universiti-ProM ucap tahniah!

Posted: Oktober 10, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

USM Induk | Mahasiswa USM menganggap tawaran berkunjung ke Benua Antartika oleh Muhammad Aizuddin Abdul Rahman, 20 selepas memenangi suatu pertandingan anjuran National Geographic Channel (NGC) baru-baru ini sebagai pengiktirafan dunia terhadap bakat mahasiswa dan galakan Universiti di sini.

Dimaklumkan bahawa Muhammad Aizuddin sendiri tidak menyangka bahawa beliau dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan memilih slot dokumentari paling menarik pada Mei lepas.

Ini kerana pertandingan tersebut telah disertai oleh lebih 12 500 peserta dari pelbagai negara ASEAN sendiri.

Dari 30 slot dokumentari yang menarik tersebut, beliau telah memilih 3 dokumentari paling menarik – (1)The four Billion City of China, (2)The First Emperior of China dan (3)Becoming of King.

Muhammad Aizuddin adalah penuntut Tahun Dua dalam jurusan Sains Gunaan (fizik Gunaan) dan anakjati Batu Maung, Pulau Pinang.

Perolehan 2 tiket tersebut mendorong beliau memilih Penyarahnya sendiri, Dr. Yong Tien Leong sebagai teman dalam menawan Benua Antartika tersebut.

Trip penjelajahan ke Kutub Selatan tersebut dijadualkan pada 31 Disember ini dari Lapangan terbang Sydney, Autralia.

Pencapaian ini telah dihargai oleh Universiti apabila Universiti sendiri menyediakan prasarana rasmi untuk Kenyataan Akhbar dari sini.

ProM dan mahasiswa di sini turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Sdr. Muhammad Aizuddin Abdul Rahman atas pencapaian tersebut.

Sesungguhnya tawaran NGC ini merupakan satu lagi rekod kecemerlangan Universiti dan mahasiswa. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s