INFORMASI | Pepatah Melayu ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Pepatah ini sangat sesuai untuk seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM); khususnya mahasiswa serta Sukarelawan ProM sendiri.

Dari luar, Universiti kita ini mendapat jolokan ‘Universiti Dalam Taman’. Dari dalam, sebenarnya banyak lagi keunikan Universiti kita yang sepatutnya diketahui oleh kita semua. Salah satu simbol keunikan universiti kita adalah ‘Kampus Sejahtera’ (Bahasa Inggeris: Healthy Campus).

Sebenarnya ‘Kampus Sejahtera’ telah diperkenalkan oleh Naib Canselor kita, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Razak pada tahun 2001 lagi. Cita-cita beliau sangat unik iaitu mahu masyarakat Universiti senantiasa lazim dengan ke’sejahtera’an.

Amnya, ‘Kampus Sejahtera’ ini sangat luas pemahamannya. ‘Kampus Sejahtera’ ini meliputi kemampanan alam semulajadi dan ke’sejahtera’an warga Universiti secara seimbang dan saling melengkapi.

Jika diteliti dari segi bahasa, ‘Sejahtera’ bolehlah diintepritasikan sebagai menyukai kedamaian, keharmonian, ketenangan, kebahagiaan dan kesihatan. Dalam terminologi Inggeris, tidak ada makna yang tepat untuk menggambarkan ‘sejahtera’; jika diteliti.

Secara konseptual pula, Kampus Sejahtera membawa maksud suatu garis panduan komprehensif untuk masyarakat USM merangkumi pihak pentadbiran Universiti, ahli akademik, MAHASISWA sehinggalah staff-staff sokongan supaya masing-masing secara konsistan dan penuh bertanggungjawab mendukung tradisi Universiti yang unik ini – Kampus Sejahtera.

Di bawah gagasan besar ini, Universiti telah menggariskan 5 Dasar/Nilai yang harus disuburkan dalam Universiti. PERTAMA, mencipta budaya pemikiran baru dalam setiap warga Universiti dan MAHASISWA agar bertanggungjawab ke atas tradisi Universiti.

Nilai KEDUA adalah usaha untuk mencipta ruang-ruang baru sama ada prasarana fizikal atau sosial di mana ruang-ruang tersebut boleh dimanfaatkan demi kerjaya akademik, persaingan dan proses pendidikan tinggi.

Dasar KETIGA pula adalah menggalakkan warga kampus dan MAHASISWA memperkenalkan idea ‘pembangunan mampan’ (sustainable development) dalam Universiti seperti ‘mesra alam’, budaya berjalan kaki, budaya kemasyarakatan agar semua budaya tersebut menjadi identiti, gaya hidup dan ke’sejahtera’an kita bersama.

KEEMPAT, menggalakkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti dalam kalangan staff-staff Universiti dan MAHASISWA.

KELIMA dan terakhir adalah Kampus Sejahtera secara tekad dan bulan menyokong apa jua aktiviti atau program-program yang mendukung kemampanan kampus (sustainable campus).

Sebelum ini, Universiti kita telah pun melancarkan beberapa siri kempen ‘The White Coffin’ dan ‘Say No to Plastic Bags’. Kempen murni ini telah menerima partisipasi yang menggalakkan daripada ahli-ahli akademik dan MAHASISWA sendiri.

Selain itu, Universiti juga telah menganjurkan beberapa aktiviti melalui Program Kampus Sejahtera.

Antara aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan adalah Earth Hour 2008, program berbasikal mahasiswa, kempen Green Office, Kafetaria Sejahtera, penanaman flora dan sebagainya atas cita-cita mendukung ke’sejahtera’an hidup dan pembangunan mampan Universiti.

Baru-bari ini, mahasiswa-mahasiswa Universiti telah melancarkan suatu lagi kempen Kampus Sejahtera, iaitu ‘Tapau-Mania’. Kempen tersebut turut mendapat galakan warga Universiti dan MAHASISWA.

Naib Canselor kita sendiri, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Razak sendiri telah turun ke padang dan memberi sokongan terbuka pada inisiatif tersebut. Kempen ini turut mendapat liputan meluas beberapa akhbar dan media arus perdana.

Justeru, ProM USM secara konsistan menyeru warga Universiti khususnya MAHASISWA untuk bersama-sama menjunjung identiti Kampus Sejahtera yang sedang direalisasikan oleh Universiti dan Naib Canselor kita sendiri, Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Razak. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan -END

Advertisements
Komen-komen
  1. mahasiswa USMKK berkata:

    Salam…
    Mmg sy rasa sgt brtuah mnjadi warga USM..
    Byk daya tarikan yg ade pada USM yg tdk ada pada U lain spt “universiti dalam taman”,”kampus sejahtera”, universiti APEX dan lain2….

    Tp itu rupanya indah khabar dari rupa..
    Suasana di kampus cawangan sgt2 berbeza,trutama kampus kesihatan…
    Mmg tak dinafikan sini cuma kampus cawangan, tp diharap kami tidak tersisih sgt.
    Sy xnk mnulis byk sgt,cuma disini sy ingin beri sedikit pndapat…
    1.Diharap pihak USM dpt menyediakan fasiliti sebagaimana yg terdapat di USM Induk
    2.Aktiviti ko-k disini sgt lah sedikit,kami xberpeluang pun utk memilih aktiviti yg kami minati trutama bagi student MEDIC, kami hnya diberi 3 pilihan iaitu JPA, wataniah dan Bigsib,thats only ! no choice at all !!
    3.Persatuan yg ada juga sedikit, bila nk ditubuhkan persatuan, diberi pula pelbagai alasan, bagaimana mahasiswa ingin berkembang dgn asyik terperap dlm bilik,stdy,bermain games,surf internet,tidur,makan dll seolah-olah hanya itu shj kerja mahasiswa USM.

    Last,kami xpernah pun rasa apa itu “universiti dalam taman”, “kampus sejahtera” ,bagaikan kami ini bukan lah mahasiswa USM dan bukan juga mahasiswa IPTA.

    SALAM MUHIBBAH,SALAM PERUBAHAN,SALAM PERJUANGAN !!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s