Muafakat 12-13, Che Mat dinasihat bercakap jujur

Posted: Oktober 10, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

USM Induk | ProM USM menasihatkan Ketua Aspirasi USM, Sdr. Muhammad Shukri Ibrahim @ Che Mat agar jujur dalam menyampaikan maklumat berhubung ProM USM kepada Universiti dan Mahasiswa di sini.

Melalui blog peribadi Che Mat, beliau menyatakan bahawa dalam ‘Muafakat 12-13’ beberapa hari lepas, Yang Dipertua PMIUSM Sdr. Muhammad Ashraf Mohd Saleh telah menyatakan persetujuan.

Selain itu, Che Mat secara semberono menyatakan calon ProM tidak lebih dari 10 orang; di dalam blog eksklusifnya, Keris Warisan.

Sebenarnya saya malas melayan (kenyataan tidak jujur beliau). Saya memang akui telah bertemu dengan beliau. Beliau dengan gopoh-gapah meminta PRK kali ini tidak berlaku dan biarkan pembahagian kerusi dilakukan antara ProM-Aspirasi. Itu sahaja..,” jelas Sdr. muhammad Ashraf.

Yang Dipertua PMIUSM tersebut juga menjelaskan bahawa Che Mat ada mendesaknya sama-sama mengeluarkan senarai 25 calon masing-masing dan mencadangkan kedua-dua pihak melakukan ‘timbang-tara’ dalam pembahagian ’12-13′ tersebut.

Ketika ditanya adakah Sdr. Ashraf menerima cadangannya untuk memaparkan senarai 25 calon ProM masing-masing, beliau secara tegas mengatakan ‘tidak’ kerana perbuatan tersebut dianggap tidak melambangkan akhlak tahalluf siyasi (MoU) dalam kalangan anggota-anggota ProM USM.

Sdr. Ashraf juga secara lunak menasihatkan Ketua Aspirasi USM tersebut agar bersemuka sendiri dengan Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali jika beliau benar-benar jujur.

Nasihat kita (PMIUSM) agar sama-sama kita bercakap jujur kerana kejujuran kita sehari-sehari melambangkan maruah kita sebenarnya. Pergi lah berbincang dengan Ustaz Adi. InsyaAllah, semuanya bertambah ‘muafakat’,” kata Sdr. Muhammad Ashraf lagi.

Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau masih menanti pelawaan janji temu oleh Ketua Aspirasi tersebut.

Kita (ProM) masih menunggu (pelawaan Che Mat). Jika ada peluang (permuafakatan 12-13), kita bercadang untuk mengajak dua (atau) tiga  atau lebih teman-teman Aspirasi untuk melakukan perubahan dan ‘menyeberang’ ke ProM. Syarat kita mudah (iaitu) individu-individu tersebut mesti bercakap jujur, selain terus komited  bersama-sama NC kita untuk menjadikan USM sebagai Universiti Apex,” tegas Sdr. Adi Syahid.

Moto ProM untuk musim PRK kali ini adalah Bersama Universiti Menjunjung Perubahan -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Member PP berkata:

    Che Mat, kerja kursus kita hantar tak lagi? Dari A sampai Y aku je yang buat. Kelas lambat. Better kau uruskan dulu akademik sebab itu amanah mak ayah kita. Jangan asyik berpooolitik 2.4 je. Aku nasihat sebagai kawan sebab aku tak mau masa depan kau zeroooooo….. ;-)ILA

  2. salam…biasalah kalau pro aspirasi seperti Ketua Aspirasi USM, Sdr. Muhammad Shukri Ibrahim @ Che Mat mesti cakap berbelit-belit…mereka nak tengok calon pro-m tu yang nak bincang konon…jgn percaya mereka…

    jumpa pro aspirasi ngn ular…kena ketuk pro-aspirasi…lebih bahaya lg dari ular….jgn percayakan mereka….

    hidup pro-mahasiswa!!!

  3. che mat@ketua ASPIRASI berkata:

    salam Aspirasi

    kepada member pp@ila, sorry lah sebab biarkan ila buat a-y kerja kursus kita. saya baru aje siapkan kerja kursus Dr Reevany bersama dengan 2 orang lagi kawan saya, sekarang dalam proses nak siapkan kerja kursus kelas Dr zainal yang semua orang kena buat sendirian, lepas tu saya nak siapkan pula kerja kursus Prof Latif bersama Nazrif, aizat dan Mior, last skali, saya nak siapkan kerja kursus Prof Loh kok wah bersama Biha dan kerja kursus bahasa cina saya kena buat sendirian. pelik bercampur hairan. bila masa ila@ member pp ada satu kelas dengan saya? tak ape lah, saya buat2 mengaku je ok. nanti kecik hati pula kalau saya tak layan dan mengiyakan tuduhan ila. t.kasih. selamat hari raya, maaf dunia akhirat.

  4. azhar nydp mpp berkata:

    salam aspirasi…

    bagusnya pro-m ni..
    ila yg bkn satu kelas dgn che mat pun bleh reka cerita yg che mat x buat asgmt yg ditugaskan dgn dia…

    pastu bleh plak tuduh che mat curi banner pro-m..padahal saya dengan che mat xde kt usm time tu..kitorg g dating berdua..

    pastu beri gelaran lembu cucuk hidung la..ape la..
    padahal dalam Islam melarang kite memberi gelaran kepada sesama manusia…

    wah..kagumnye…nak join la pro-m kalau mcm ni..

    err…saudara adi…ada borg pendaftaran ahli x?

    sy teringin sgt nak join…

  5. azhar nydp mpp berkata:

    kagum dgn tindakan Asyraf..bile ditanye brape kerusi yg pro-m yakin boleh menang..dgn bangganya ckp 25..tp bile offer Muafakat 13-12, cepat je setuju…pastu nak pertikai plak kenape 13-12..bkn 12-13…

    klw dah yakin menang tu..xyah la buat permohonan 12-13..mintak je la 0-25..kan senang..

    hmm..maybe sbb dah xde sgt calon yg bleh bertanding kot..sbb tu kt school kimia sampai terpaksa mintak bantuan YDP kimia utk tolong carikan calon pro-m kt school kimia..kesian YDP kimia..xpe..bak kata pro-m..bersabarlah…

  6. Kawan 'Azhar' n Rogayah berkata:

    Yang kate mcm tu YDP kau orang je. Kau nie Aspirasi ek. Kahkahkahkah

  7. faroq berkata:

    salam…belasah je che mat tu..aku knl sape dia,aku 1 sekolah dgn dia dulu..

  8. kawan rogayah berkata:

    becakap psl buat assigment..rogayah pun xbuat.dia dengn geng dia,smua bdk2 pmi la. kena marah sbb xsiap assgment..mpp gak tu..kecoh che mat buat asgment..

  9. gadis berkata:

    sape yg termakan cili dia akn terasa pedas..ayat ‘kawan rogayah’ ni ialah ayat membackup diri nih..xda maknanya…huhu…

  10. kawan rogayah berkata:

    untuk pengetahuan gadis, saya hanya nak mengingtkan pihak pro-M, bahawa mpp proM xbuat assgment. kalut dia masa dapat tahu kena siapkan assgment tu..sekali la dengn kawan dia yg kalah ms PRK 2 thn lepas..aku ingt geng2 tu semua hebat, tapi xsiap assgment..hahaha..cakap ja ‘deraih'(kuat)..buat xpun..MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORG DIA YG LEBIH. cerminla diri tu dulu..
    klu gadis nak tau, gi la tnya sendiri.24sept kena hntr asgment tu..

  11. promusm berkata:

    Meriahnya…nasihat saya agar diperjelas yang mana yang patut dan paling baling berbincang isu pokok dalam post ini. Universiti kita kan Apex, takkan cybertrooper kita x Apex. Sekadar pandangan.

    ::MEJA EDITOR::

  12. penunggu dtsp berkata:

    hahahaha,, pape la korg nie… mcm budak2.. apa kes

  13. non induk observer.. berkata:

    lawaknya politik di usm induk….
    agak2nya siapalah yang akn menang?
    sama2 kita tgk nanti….btw diakhir zaman ni…
    bila memilih pemimpin pilihla dr golongan ulama’…

  14. cikwan berkata:

    ape la korang ni.politik la cara matang.kami para pelajar mcm nak tergelak je ngan korang-korang suma ni, pro-M ke ape ke same je.

    fikir apex ok!

  15. promusm berkata:

    Ape yang nak tergelak tu? Adakah kerana kami (SM) lantang menyampaikan informasi? Biasalah…kalau suara mahasiswa lantang, tentu ada pihak yang ‘nak tergelak’, mcm kerajaan Malaysia yang takut dgn berita lantang RPK dlm Malaysia Today… Kita (mahasiswa) pun pikir pasal ProM, sebab itu kita menolak kepemimpinan ‘tertentu’ ini. Sekian.

    ::MEJA EDITOR::

  16. remaja berkata:

    dalam post ni..mcm2 boleh brlaku, ada yg menyamar pro -m tuk kenkan Pro-m dan bgitu juga sebaliknya. jadi ia boleh mnjejaskan imej2 sebenar diri sesorg tu….ni cuma perasaan je..sbb mgkin boleh brlaku kot…klo btul..laa x tulin lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s