Wawancara Eksklusif: ‘DUN Untuk Mahasiswa’

Posted: Oktober 9, 2008 in Nasional
Tag:, , , , , ,

WAWANCARA | Kelmarin, Suara Mahasiswa (SM) telah membuat liputan semula terhadap isu ‘DUN Untuk Mahasiswa’ yang diketengahkan oleh Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali dalam Majlis Sambutan ‘Aidilfitri Markaz Siswazah Kelantan pada 3 Syawal lepas.

Cadangan tersebut telah menggamit perhatian banyak pihak – aktivis-aktivis mahasiswa (khususnya anak Kelantan), Tok Wakil DUN dan Parlimen sehinggalah pelayar blog SM sendiri.

Adakah cadangan ini sesuatu omong-omong kosong pemimpin mahasiswa USM sebagaimana yang ditohmah oleh pihak-pihak tertentu dalam kalangan cybertroopers SM sendiri?

Justeru, wartawan kami Sdr. Mohammad al-Amien Sobri cuba mendapatkan semula kupasan lanjut daripada pemimpin mahasiswa USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali di USM ini.

———————–

Suara Mahasiswa: Kenapa Sdr. Adi Syahid mencadangkan ‘DUN Untuk Mahasiswa’ baru-baru ini?

Adi Syahid: Cita-cita saya adalah mahasiswa kembali kepada mainstream sebenar; (iaitu) mahasiswa menjadi hujung tombak nadi rakyat. Cita-cita saya (agar) mahasiswa kembali menjadi agent of change, catalyst, check and balance, pressure group dan independence groups kepada masyarakat dan Kerajaan Negeri (Kelantan) sendiri.

Suara Mahasiswa: Adakah tidak cukup peluang berkepemimpinan yang disediakan oleh Universiti selama ini?

Adi Syahid: Peluang…peluang belajar di Universiti ka(h)?

Suara Mahasiswa: Maksud saya, peluang menggilap bakat melalui MPP, Persatuan-Persatuan Universiti dan sebagainya…

Adi Syahid: [ketawa….] Bagi saya, MPP, Persatuan-Persatuan Universiti masih relevan dalam menggarapkan bakat pemimpin mahasiswa dan generasi baru Malaysia. Cuma, adakah platform-platform ini benar-benar memainkan fungsi genuine pada Gerakan Mahasiswa atau GM sendiri?

Saya secara peribadi melihat wajah kebanyakan MPP dan Persatuan-Persatuan Universiti lebih bersifat extra mural activities semata mata…

Suara Mahasiswa: Maksud Sdr…

Adi Syahid: Iya lah… semua platform ini lebih menumpu pada program oriented seperti students’ gathering; musyawarah; membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan mahasiswa semata-mata; picnic, keraian, AGM (Mesyuarat Agong Tahunan) dan beberapa aktiviti lagi yang secara tradisinya dibuat oleh pertubuhan biasa di peringkat sekolah.

Sebenarnya tidak salah menganjurkan aktiviti sedemikian kerana bagi saya aktiviti-aktiviti ini juga banyak manfaatnya. Kita boleh saling mengenali. Kita boleh saling mengasah bakat kepimpinan kita. Kita boleh menimba pengalaman belajar dan berpersatuan sebelum menempuhi alam pekerjaan.

Namun, sejauh manakah rakyat boleh ‘menumpang’ atas program-program kita (mahasiswa) ini?

Dahulu, mahasiswa turut melakukan program-program seperti di atas. Namun, orientasi program-program yang dianjurkan oleh mahasiswa turut memberi manafaat kepada rakyat marhaen sekelilingnya.

Sebagai contoh, tradisi melaksanakan Simposium oleh PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) oleh mahasiswa-mahasiswa dahulu pada pertengahan era 1970an. Simposium tersebut dianjurkan oleh mehasiswa juga, tetapi… membincangkan isu Bahasa Kebangsaan dan Kebudayaan Nasional yang dilihat rapuh dalam pembangunan Malaysia pada waktu itu.

Natijahnya… Parlimen didesak berbincang isu nasional ini juga dan hari ini telah ada Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967) yang menjamin kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan nasional dalam beberapa hal.

Begitu jugalah dalam pengenalan Akta Lembaga Padi dan Beras Negara, 1971 hasil perjuangan mahasiswa bersama-masa rakyat di Kedah dalam menuntut pembelaaan hak kerajaan ke atas petani. Natijahnya… konsep subsidi diperkenalkan kepada bumiputera… dan kaum petani dibela dalam beberapa perkara.

Sekarang…[ketawa]. Isu pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, isu penggubalan AUKU, isu kezaliman ISA, isu rasuah dan kepincangan sistem kehakiman negara, WPI dan banyak lagi langsung tidak disambut proaktif oleh kita (mahasiswa)…

Suara Mahasiswa: Mengapakah berlakunya sedemikian dan adakah ‘DUN Untuk Mahasiswa’ ini jalan penyelesaiannya.

Adi Syahid: Soal ‘DUN Untuk Mahasiswa’ ini mampu atau tidak mengembalikan fungsi mahasiswa yang genuine, saya akan jawab kemudian.

Saya melihat banyak faktor yang membentuk budaya extra-mural axtivities ini. Banyak pihak sudah mengulas kesan pengenalan AUKU dan akta-akta lain yang dilihat tidak demokratik. Jadi saya tidak mahu mengulasnya.

Saya melihat mahasiswa hatta generasi baru Malaysia hari ini hanya menjadi gener-pig (maksud: tikus ujian) kepada satu-satu polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kita langsung tidak diajak memberi pandangan secara formal dan serius untuk menentukan masa. depa generasi kita. Kita dijadikan bahan ujikaji, tidak boleh bersuara dan senantiasa berisiko dalam mengisi usia-usia remaja dan dewasa kita.

Universiti kita mengajar ilmu pada tahap pendidikan paling tinggi dan mahu siswa-siswinya berfikir secara paling rasional; namun mereka dihalang melaksanakan kepercayaan ilmu dan rasional yang diajar dalam bilik-bilik kuliah, didengari daripada pensyarah-pensyarah mereka, diperoleh dari akhbar, buku akademik dan sebagainya.

Alasannya hanya satu, mahasiswa tidak wajar berpolitik dan patut menumpukan pada pengajian akademik di Universiti semata-mata. Bagi saya, pandangan ini songsang dan hanya menjadikan mahasiswa-mahasiswi kita tidak ubah seperti budak sekolah.

Bercakap tentang ‘DUN Untuk Mahasiswa’, saya bercakap selepas kita (ProM) membuat beberapa penyelidikan lapangan dan conference dengan beberapa pemimpin mahasiswa di luar negara melalui YM dan email. Ada beberapa pengalaman mereka yang boleh sama-sama kita praktikkan di sini.

Salah satu model yang baik adalah Parlimen Belia di United Kingdom. Dewasa ini, Parlimen Belia di sana sedang membahaskan keperluan menjadikan Universiti-Universiti di UK ini boleh diakses oleh semua pihak khususnya mahasiswa dan belia di sana.

Menurut teman saya di sana, ahli-ahli Parlimen Belia di United Kingdom (MYPs) jauh lebih muda. Keahlian mereka antara usia 11 tahun sehinggalah 18 tahun. Bayangkan ruang pengasahan bakat yang diberikan oleh Kerajaan di sana kepada belia dan mahasiswa di sana? Dan Bayangkan realiti kepemimpinan kita di sini (di Malaysia).

Parlimen Belia United Kingdom (UKYP) disegani oleh banyak pihak. Pandangan serta perbahasan mereka turut didengar secara live (langsung) oleh masyarakat, kakitangan kerajaan dan negarawan  di sana. Ini kerana, perdebatan mereka turut mendapat liputan bebas oleh media elektronik di sana.

Kita boleh bandingkan sendiri bagaimana Kerajaan UK menghargai suara dan bakat belia-mahasiswa mereka; (dan) bagaimana pula cara Kerajaan dan Universiti kita menghargai suara dan bakat mahasiswa-belia kita.

Suara Mahasiswa: ‘DUN Untuk Mahasiswa’…

Adi Syahid: Sebenarnya ‘DUN Untuk Mahasiswa’ ini mampu mengembalikan mahasiswa kepada fungsi yang lebih gunuine. Saya akan cuba bercakap secara ideal dan praktikal.

Secara idealnya, Parlimen Belia-Mahasiswa ini wajar wujud dalam Universiti sendiri biarpun format dan subjek berbahasan adalah sama seperti di di DUN/Parlimen sebenar di luar sana. Di UK, telah lama dipraktikkan.

Kita boleh memberi kredit akademik atau ko-kurikulum serta alaun kepada ahli-ahli Parlimen/Dun kita jika kita mahu sebagaimana yang telahpun dinikmati oleh ahli-ahli parlimen belia (MYP) di beberapa Universiti di UK.

Perkara ini boleh dilakukan jika kita melihat keperluan serius untuk membina generasi baru kita. Ia sesuatu yang wajar dan munasabah. Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Dato’ Nordin Kardi suatu ketika dahulu pernah menawarkan alaun perjawatan serta cuti perkhidmatan kepada ahli-ahli MPP di sana.

Walaupun ia sudah menjadi suatu cadangan, namun bagi saya ia (cadangan tersebut) memang patut (munasabah).

Jika Universiti kita bersedia membina prasarana dan format Parlimen belia ini secara demokratik dan tertib, kita mampu meletakkan Universiti kita jauh lebih tinggi dan menjadi rujukan nasional dalam beberapa perkara ini.

Jun baru-baru ini, Naib Yang DiPertua Parlimen Belia untuk Leicester, Miss Jess Evans telah ditemu bual secara langsung oleh media elektronik antarabangsa BBC berhubung relevankah satu-satu kempen yang digerakkan oleh Parlimen Belia di sana.

Dalam kenyataan Miss Jess Evans, beliau sendiri telah menjelaskan kepentingan serta partisipasi belia sebagai ‘second opinion leader’ kepada Parlimen, Kerajaan dan Universiti sendiri secara tertib, bebas dan rasional.

Sesuatu yang menarik, Kerajaan dan masyarakat sangat peduli dan menghargai suara belia-mahasiswa di sana. Perkara ini tidak mungkin boleh berlaku kecuali Universiti sendiri bersedia menjadi agen pemangkin ke arah merealisasikan fungsi kemahasiswaan yang genuine ini.

Dari sudut lain, saya cuba untuk bersikap praktikalistik. AUKU adalah salah satu halangan ke arah tersebut kerana di dalamnya memang tidak membenarkan partisipasi langsung mahasiswa dengan isu-isu nasional, khususnya isu pemerintahan, ekonomi, kepincangan sistem nilai dalam beberapa parti politik dan sebagainya. Walhal, Parlimen atau DUN membenarkan apa juga perkara di bahaskan asalkan satu-satu perkara tersebut masih ‘di bawah langit’.

Walaupun demikian, kita seharusnya ingat…ada sesetengah Kolej Universiti atau institut pengajian atau Sekolah Persendirian di bawah legasi negeri, pentadbir-pentadbirnya juga juga dilantik di peringkat negeri dan autonominya juga datangnya daripada kuasa kerajaan negeri.

Saya mengatakan demikian kerana Pakatan Rakyat selalu bercakap sana dan sini yang mereka mahu melakukan perubahan menyeluruh dalam Malaysia telah pun menguasai 5 negeri di Malaysia. Kerajaan Perseketuan pun masih menguasai negeri-negeri berbaki yang lain. Inilah masanya…(ketawa)

Kita biarkan PRK Universiti diuruskan sendiri oleh mahasiswa secara bebas dan demokratik.

Kita (Pentadbiran @ supreme power) benarkan Student Representative Council (SRC) didaftar semula di bawah ROS sebagai Union, ada akhbar sendiri, menguruskan kewangan dan perbendaharaan sendiri… dan yang lebih penting ada platform tersendiri yang lebih progresif iaitu wujudkan Parlimen atau DUN untuk mahasiswa.

Sebab itu, saya mencadangkan ‘DUN Untuk Mahasiswa’ dalam Kerajaan Negeri Kelantan. Saya kan anak Kelantan. Saya kan belia. Saya kan mahasiswa…[ketawa]

Suara Mahasiswa: Ada pihak mengatakan bahawa mahasiswa tidak perlu pergi sejauh itu. Jika mereka sendiri berperwatakan seperti MP-MP Parlimen atau ADUN, siapa akan menjadi menjadi pressure group yang mewakili rakyat marhaen?

Adi Syahid: Kita harus melihat ‘DUN Untuk Semua’ ini secara topografi atau dari atas atau secara institusi itu sendiri, tidak boleh melihat secara individual atau dari satu-satu sudut semata-mata.

Baik Parlimen Malaysia atau DUN-DUN di luar sana (nasional) pun terdiri oleh perwakilan yang pelbagai. Amnya, ada kerajaan dan ada oposisi; ada yang menyokong dan ada yang menasihat atau lebih dilihat sebagai pressure group di pihak rakyat marhaen.

Persoalan saya, mengapa berlakunya variasi sedemikian? Jawapannya sudah tentu disebabkan oleh anggota-anggota tersebut terdiri oleh pelbagai pihak, bukan hanya satu pihak sahaja.

‘DUN Untuk Mahasiswa’ juga wajar sedemikian. Kita bukan sahaja inginkan variasi seumpama ini. Apa yang lebih penting adalah pluralisasi pandangan, perdebatan, nilai dan sebagainya ini biarlah datang dari suara belia-mahasiswa sendiri.

Maka, barulah ‘DUN Untuk Mahasiswa’ ini mempu berfungsi sebagai second opinion leader, pressure group dan macam-macam lagi sebagaimana yang patut dilaksanakan oleh gerakan mahasiswa yang genuine.

Suara Mahasiswa: Terima kasih atas penjelasan tertib ini. SM ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.

Adi Syahid: Saya pun ingin mengucapkan terima kasih kepada SM juga kerana sudi masuk ke ‘teratak bujang’ saya ini [ketawa…].  -END

Advertisements
Komen-komen
  1. merisik berkata:

    erm bila masa la dia ni jadi wartawan pulak dah …erm

  2. MuslimSoleh berkata:

    Sejak dia ambik kursus kewartawanan di Utusan lah. Saya pun pergi kursus tu sebab free. Tapi, sayang oi… x diamalkan. Hihihi

  3. me de O'mata berkata:

    salam..mmg elok membandingkan mahasiswa kita dgn mahasiswa di UK.tapi kita perlu ingat bahawa mahasiswa di Malaysia ini yuran pengajiannya pun dah di taja sebanyak 70% oleh kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya berbeza dgn mahasiswa di negara lain.belum di kira lagi berapa ramai yg mendapat biasiswa & pinjaman dari kerajaan.jadi apa yg saya nak simpulkan di sini, hanya ada segelintir mahasiswa sahaja yg beriya-iya hendak menentang segala polisi kerajaan kerana di dorong emosi dan juga hasutan pihak-pihak tertentu.Jika di buat survey seluruh IPT di Malaysia pun tak ramai yg sependapat dgn proM malahan tidak ambil tahu pun perkara ini kerana mahasiswa ini sedar “mengapa perlu menggigit tangan orang yang menyuapkan kita makanan”.Sudah ada pelbagai altenatif pun yang diberikan oleh kerajaan utk mahasiswa bersuara cuma mahasiswa tidak menggunakan dengan efektif. renung-renungkan lah wahai sahabat.

  4. ProM USM berkata:

    Salam kembali. Betul ke figure2 u tu? Seingat saya, Yurat pengajian yg ditaja itu dlm kos profesional shj, medic, farmasi dan pol.admin.

    Kita banyaknya PTPTN @ hutang lah. Kalau x utang PTPTN, Univ.pun x bagai masuk tempat dia.

    “mengapa perlu menggugat tangan orang yg menyuap nasi”?

    Patutkah ayah dianggap baik kerana memberi makanan dan pakaian kepada anak2nya. Itu mmg tanggungjawab semua ayah maa. Balik bukak bab fekah – ahliah al’ada’ dan ahliah al-wujud.

    Kene banyak mendalami ilmu. Baru best berdebat.

    Saya penyokong ProM dari kuliah bahasa arab.

  5. pang lima belas berkata:

    hm.. bagi pendapat aku, mahasiswa perlu belajar terlebih dahulu sebelum meminpin. akademik tak tara mana nk memimpin org lain.. matangkan diri tu dulu dengan isu semasa. kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga laut yg dalam. klu di tempat aku ada wakil DUN yg umurnya 24 tahun, aku takkan undi dia, kerana umur yg terlalu muda untuk memimpin, melainkan dia sudah sangat matang, dan sangat arif ttg selok belok masyarakat, dan ilmu agamanya sangat tinggi. ingat, kepimpinan yg tiada amanah akan boleh membuatkan kita hina dan lemah di akhirat kelak.

    time belajar kita belajar, dh hbs belajar, kita bergelanggang di luar pula.. silakan… momentum di kampus, harap dikekalkan setelah kita keluar kelak.. kerana watak spt saudara adi syahidlah y kita cari dan kita tagih.. ulat beluncas pun kena sabar sebelum jadi rama-rama yang indah, dia tk terus “bertukar!!” sebelum boleh menjengah langit..

    sekadar pandangan dari seorang pelajar…

    —————
    Editor SM: Time belajar, kta belajar. Time keje, kita keje. Time pencen, kita pencen. Time mati, kita tak sempat buat ape2 perubahan (Mati kita tidak tahu time belajar ke, time keje ke, time pencen ke). Sekadar pandangan juga. Sekian.

  6. pang lima belas berkata:

    jangan la sampai tk cerdik macam tu.. sy tk kata sampai tk boleh buat perubahan.. jika ada pandangan, silakan! tapi, utamakn yg utama.. kalau enjin kereta macam kancil, jangan digasak seperti ferari.. itu maksud saya..

  7. pang lima belas berkata:

    jangan la sampai tk cerdik macam tu.. sy tk kata sampai tk boleh buat perubahan.. jika ada pandangan, silakan! tapi, utamakn yg utama.. kalau enjin kereta macam kancil, jangan digasak seperti ferari.. itu maksud saya..

  8. taicho berkata:

    betul laa.kalau tunggu lepas grade baru nak belajar,abes laa.x ke mana kita.mane xnyada kuar keje nanti,kita akan tahu langit tinggi rendah.sekaranglah masanya nak belajar semua benda.dari aspek kepimpinan,softskill dan politik.tipula kalau kata masa nak keja nanti baru nak berjinak-jinak.student medic yg bz pun still boleh berpolitik lagi,rasanye kita lagi2 laa xde halangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s