PMI akui diajak ‘Muafakat 12-13’

Posted: Oktober 9, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , ,

Pusat Islam USM | Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) menyatakan bahawa pertubuhan mereka turut diajak bermuafakat oleh Yang Dipertua MPP, Muhammad Syukri Ibrahim dalam majlis Rumah Terbuka Pusat Islam-USM pada 7 Oktober lepas.

(Muafakat tersebut) memang ada. Che Mat (Muhammad Syukri Ibrahim) (meng)ajak kita untuk melakukan pembahagian kerusi. Kita ditawarkan 12 kerusi manakala Aspirasi 13 kerusi,” jelas Yang DiPertua PMIUSM, Sdr. Muhammad Ashraf Mohd Saleh.

Yang DiPertua PMIUSM juga menjelaskan bahawa secara asasnya mereka telah bersetuju melakukan muafakat dengan semua pihak – baik muslim, non-muslim, pertubuhan-pertubuhan bahasa-agama, kelab dan sebagainya; bukan hanya dengan Che Mat @ Aspirasi sahaja.

Kita telah lama bermuafakat kerana Islam pun menyuruh permuafakatan sebagaimana dalam ayat 61 Surah an-Anfal dan ayat 103 Surah Ali ‘Imran. Namun, kita menolak muafakat demi memelihara kepentingan sempit segelintir staff-staff tertentu, asobiyyah Melayu (yang tidak adil) dan langsung tidak meletakkan cita-cita Islam serta ‘keadilan hak’ sebagai teras muafakat,” tegas Sdr. Muhammad Ashraf.

Yang Dipertua PMIUSM juga terlopong apabila Cik Mat dengan penuh yakin mengakui bahawa dirinya adalah Ketua Aspirasi USM dan segala arahannya sangat ditaati oleh ahli-ahli Aspirasi di sini.

Saya terkejut sahaja. Setakat ini adalah dua tiga public figure Aspirasi yang saya temui dan bertanya hal ini. Masing-masing mengaku diri sendiri sebagai ketua.” Sdr. Muhammad Ashraf senyum.

Beliau juga menasihatkan Che Mat agar bertemu sendiri dengan Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali untuk membincangkan ‘Muafakat 12-13’ tersebut.

Bincanglah dengan ‘Tuan Rumah’ ProM sendiri kerana ProM terdiri (oleh) pelbagai bangsa, pertubuhan Universiti serta wakil-wakil PP (Pusat Pengajian). ‘Rumah’ (persatuan) saya adalah PMIUSM dan ‘ahli keluarga’ saya adalah siswa-siswi Islam sahaja,” seloroh Sdr. Mohd Ashraf lagi.

Ketika ditanya benarkah ada ahli MPP ProM yang sanggup ‘menjual ProM’ kepada pihak Aspirasi, Sdr. Ashraf memaklumkan bahawa isu tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Respon tersebut dibuat selepas Solat Isyak Berjamaah di Dewan Solat Pusat Islam di sini. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. MuslimSoleh berkata:

    Assalaamoalaykom w.b.t.

    i agree with u. U r a right man, Ustaz!

    For all members, plz read n think deeply about decree of God as that:

    “But if they incline to peace, incline thou to it as well, and place thy trust in God: verily, He alone is all-hearing, all-knowing!…” (8:61)

    “And hold fast, all together, unto the bond with God, and do not draw apart from one another. And remember the blessings which God has bestowed upon you: how, when you were enemies, He brought your hearts together, so that through His blessing you became brethren; and [how, when] you were on the brink of a fiery abyss. He saved you from it. In this way God makes clear His messages unto you, so that you might find guidance…,” (3:103)

  2. siti rogayah berkata:

    ooo..camtu ceritanya…
    sapa lagi yang mengaku jadi ketua aspirasi ni?
    nak tau gak..

  3. jiwa PROM berkata:

    SAYA RASA CADANGAN CHE MAT HARUS DIPIKIRKAN DENGAN TELITI………………. MENGAPA 12, 13 TAK 13, 12 YANG MANA PROM 13 DAN ASPIRASI 12 KENAPA HARUS MELEBIHKAN PIHAK MEREKA…… ADAKAH BAHANG KEKALAHAN SUDAH TERASA ………….. DAN SAYA BERHARAP KEPIMPINAN PROM MEMIKIRKAN DENGAN TELITI CADANGAN INI ………….. INI CUMA PANDANGAN

    SENTIASA SOKONG PROM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s