Rungutan siswa Kubang Kerian akhirnya bersambut *

Posted: Oktober 6, 2008 in Berita Kampus, Kubang Kerian
Tag:, , , ,

KUBANG KERIAN | Rungutan pelajar setelah bergenerasi berkenaan kurangnya mesin basuh di desasiswa terutamanya DM putera kini didengari pihak MPDMN.

Sebuah mesin basuh telah disediakan di bilik pantri aras 1 DM 2 sebagai tempoh percubaan bermula 11 hingga 25 September 08 lepas.

Mesin basuh yang menyediakan perkhidmatan seperti mesin basuh yang sedia ada dengan bayaran hanya RM 2 dan penggunaan pelbagai syiling.

Ini adalah satu kelebihan yang dimiliki oleh penghuni DM2 berbanding penggunaan mesin lama yang mengenakan bayaran sebanyak RM 3 dengan hanya membolehkan syiling 50 sen digunakan sepertimana yang berjalan di desasiswa lain.

Pihak MPDMN menjanjikan lebih banyak mesin basuh akan disediakan di setiap aras DM2 jika tiada kerosakan, pergaduhan, perselisihan dan lain-lain berlaku sepanjang tempoh percubaan iaitu berakhir 25 September baru-baru ini. Rata-rata penghuni DM 2 yang ditemui berpuashati dengan perkembangan yang berlaku.

kami gembira dan ucapkan tahniah kepada pimpinan baru MPDMN atas usaha mereka menjaga kebajikan penghuni desa dengan menyediakan mesin basuh ini”

Sejenak tinjauan campusdaily kepada pandangan penghuni desasiswa lain memberikan pelbagai idea yang menarik untuk diberi perhatian.

…terima kasih diatas usaha yang dilakukan, mungkin penambahan mesin basuh juga perlu dilakukan di desasiswa lain contoh nya di nurani yang mempunyai kapasiti penghuni yang lebih ramai daripada DM2…”

…sememangnya ini adalah pengislahan yang baru dalam kepimpinan yang kita inginkan, tapi amat diharapkan agar usaha mejaga kebajikan adalah bersifat menyeluruh tanpa mengmbil kira kepentingan individu…”

—————–

* Tajuk asal Berita ini adalah Mesin Basuh Untuk Semua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s