Cadang ‘DUN Untuk Mahasiswa’, anak Kelantan USM disegani

Posted: Oktober 6, 2008 in Nasional
Tag:, , , , , ,

KOTA BHARU | Cadangan untuk menubuhkan ‘DUN Untuk Mahasiswa’ oleh anakjati Kelantan USM Sdr. Adi Syahid Mohd Ali disegani banyak pihak dalam Majlis Sambutan ‘Aidilfitri Markaz Siswazah Kelantan pada 3 Syawal 1429H (hari ke-3 ‘Aidilfitri) lepas di sini.

Makluman ini sampai di Meja Editor melalui Setiausaha Politik bagi Sdr. Adi Syahid Mohd Ali sendiri, Sdri. Nurul Aliaa binti Abdul Halim lewat petang tadi.

Malam itu, beliau (Sdr. Adi Syahid) mendapat tepukan gemuruh. YB Abdul Fattah Mahmood sendiri dalam ucapan balasnya bersetuju (secara asasnya) dan akan cuba membawa cadangan tersebut (DUN Untuk Mahasiswa) ke Persidangan DUN Kelantan akan datang,” jelas Sdr. Nurul Aliaa.

Sdr. Adi Syahid Mohd Ali yang juga Pengerusi ProM USM ketika dihubungi menjelaskan sedemikian:

Mahasiswa wajar dibawa berbahas isu-isu kenegerian, nasional dan global; bukan lagi sekadar berbincang isu-isu kepentingan eksklusif kita semata-mata. Cadangan ini adalah langkah awal kita ke arah cita-cita tersebut,” respon Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga memaklumkan bahawa proposal ‘DUN Untuk Mahasiswa’ akan cuba diketengahkan dalam masa terdekat oleh mahasiswa USM sendiri.

Ketika ditanya adakah proposal ini akan dibawa oleh ProM USM atau Gabungan Bertindak Mahasiswa Negara (GBMU) yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, ini penjelasannya:-

Saya bercakap malam itu atas kapasiti saya sebagai mahasiswa USM dan anak kelantan sendiri. Maka, cadangan ini eloklah kita bawa berbincang keluarga-keluarga dalam kalangan mahasiswa USM anak Kelantan sendiri. Harapan kita jelas (iaitu) kita mahu USM disegani, anak kelantan di sini (USM kampus induk) pun disegani dan seluruh mahasiswa pun disegani ,” jawab Sdr. Adi Syahid lagi.

Fenomena ‘DUN Untuk Mahasiswa’ turut mendapat liputan dan respon positif banyak pihak lain. Antaranya, SINAR HARIAN (Kelantan) sendiri.

Majlis bersejarah anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK) tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. -END

——————-

EDITOR: Gambar (keratan akhbar) ini telah sampai ke Meja Editor [diemail ke reform.asppirasi@gmail.com] daripada Sdr. Nurul Aliaa binti Abdul Halim; kemudian disunting semula oleh kami. Terima kasih. Harap maklum.

Advertisements
Komen-komen
  1. me de O'mata berkata:

    hebat2..tahniah..mengaji dlm universiti pn tak abes lg nk sibuk plak bertnding kat luar..kata la kalo jd DUN Mahasiswa ni kalo dh abes semester sbg mhasiswa tp penggal DUN tak abes lagi..takkan nk letak jwatan kot??sbb nama pn DUN Mahasiswa..kne la status mahasiswa..tu la ckp ikut sdap mulut..nk cri populariti je..salam

  2. Muhammad berkata:

    Cara U di atas nie cakap, nampak mcm budak Aspirasi je.

    Sebenarnya U nie tidak faham konsep parlimen mahasiswa atau disebut juga parlimen belia sebagaimana di UK, England dll.

    Mereka menjadi 2nd oppinion leaders dlm membahas segala yg dibahas dalam DUN Kelantan menurut perspektif mereka (mahasiswa & belia).

    Saya nasihatkan U balik dan baca dahulu konsep parlimen belia @ mahasiswa dari negara-negara membangun sebelum menghentam orang-orang mcm Adi Syahid ini.

    Dia ini budaknya rajin membaca, U? Jangan cakap kosong sangat ye, Sedara. Maaf, sekdar pandangan juga.

  3. insan berkata:

    Jgn cakap kosong sedara adi. kat kampus pun belum tentu ko boleh tadbir. nk jaga dun konon! cakap tak serupa bikin. jgn lak nnti org kate ko pun same dgn pak lah dan konco2 nyer. nk kuasa jer. nk tunjuk pro M ko tu hebat sgt ker????

  4. Muhammad berkata:

    Insan nie satu lagi makhluk Allah yang tidak memahami konsep parlimen @ DUN belia/mahasiswa sebagaimana yang cuba disaran di Kelantan.

    Mereka ini bukan jadi Tok Wakil bagi mana2 DUN atau Parlimen, cuma bersidang pada waktu2 tertentu untuk berbahas perkara2 yang dibahaskan dalam DUN/Parlimen sebenar dalam negara.

    Di Malaysia kita ada model. Antaranya MPPK. Namun, sekarang ini MPPK tidak berlangsung secara check and balance kepada Parlimen/DUN di Malaysia.

    Salah satu faktornya, MPPK ini diisi oleh boneka2 Aspiasi yang sekarang ini jadi MPP kebangakan IPT di Malaysia.

    Pandangan mereka akan menjadi pendangan kedua pada masyarakat dan negara atas kapasiti DUN/Parlimen belia/mahasiswa sebagaimana yang wujud di luar sana.

    Inilah pengalaman yang boleh kita teladani dari UK, England dll. Org tak paham konsep beginilah akibatnya, Insan oooiii. Saya mohon mencelah….

  5. reform anak muda berkata:

    salam.. tumpang lalu sat..hmm.. buat sapa2 yang pernah pegi majlis perjumpaan antara HEP dengan wakil setiap persatuan, TNC prof Omar Osman pernah kata, sebagai sebuah universiti Apex, insyaAllah kita akan mengadakan Parlimen dalam Universiti yang kita cintai, sebagai satu platform untuk mahasiswa melatih diri dalam mengeluarkan pandangan masing2, ala2 parlimen macam2, tapi, wakil2 tersebut terdiri daripada wakil2 persatuan yang ada dalam USM…betulkan kalau saya silap..

  6. shayaumil berkata:

    all the best

    harap follow up balik ttg DUN Mahasiswa kerana takut terlupa atau terlepas pandang

  7. adi syahid berkata:

    TQ shayaumil..harap dapat temubual Adun tentang cadangan DUN mahasiswa..mahasiswa harus di beri ruang untuk memainkan peranan sebenar mahasiswa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s