‘Aidilfitri banyak maknanya…

Posted: Oktober 6, 2008 in Meja Editor
Tag:, , , ,

MEJA EDITOR | Sejak kelmarin, suasana berpusu-pusu mulai memecah kesunyian Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM). Pulang ke kampus awal mungkin banyak manfaatnya.

Antaranya – perjalanan terancang, mengelakkan sesak dalam perjalanan pulang, untuk menyiapkan assignment dan sebagainya.

Bagi segelintir public figure dan sukarelawan/ti ProM USM anak perantauan Kedah, Perlis, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang,  Melaka, Johor dan sebagainya; pulang awal ke USM banyak maknanya; demi menziarahi kenalan-kenalan mahasiswa USM sendiri.

Sesetengah masyarakat kita meraikan ‘Aidilfitri pada satu syawal sehingga dua atau tiga syawal sahaja.

Namun, tidak salah kita meraikan hari kemenangan lebih dari itu. Kata orang kalau puasa kita sebulan, sepatutnya raya juga sebulan (dalam bulan Syawal ini).

Dalam pengetahuan kami, puasa sebulan raya sebulan ini hanya berlangsung di beberapa negeri sahaja. Kuala Lumpur dan Johor umpamanya. Banyak rumah terbuka. Boleh dikatakan hari-hari hujung minggu diisi oleh kanak-kanak untuk paw duit raya.

Begitulah ProM. Kali ini, rumah salah seorang Sukarelawan ProM yang mesra dipanggil Kak Yah telah menjadi port lepak dan saling bermaafan sesama sukarelawan/ti yang hadir.

Rumah Terbuka kita

Isu rumah terbuka, meja Editor ada menerima beberapa email peribadi dari senior USM dan sukarelawan/ti ProM sendiri. Rata-rata bersetuju dan mahu melaksanakan cita-cita ini. Diharap MT ProM dapat mempertimbangkan hal penting ini juga.

Esok, Keraian ‘Aidilfitri di Pusat Islam USM. Jawatankuasa terlibat turut menjemput seluruh pemimpin mahasiswa, sukarelawan/ti ProM dan warga Universiti tidak kira Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan sebagainya untuk turun bergotong-royong menyiapkan juadah hari lebaran peringkat USM.

Jemputan email ini telah kami terima daripada Sukarelawan Pusat Islam sendiri.  Terima kasih atas makluman dan ProM akan cuba membuat liputan khas berhubung keraian bermakna ini pada esok hari. InsyaAllah.

Kita wajar mengembangkan sosialisasi dan kemasyarakatan yang lebih sihat dengan menerima keraian yang pelbagai etnik, senior-junior sehinggalah merentasi semua Pusat Pengajian yang ada di sini. Inilah cabaran kita jika mahu bergelar Pemimpin Mahasiswa.

Bercakap soal kepemimpinan, mengingatkan Meja Editor pada suatu cetusan rasa oleh seorang tokoh refomis Islam Nusantara abad lepas. Nama beliau Bapak Muhammad Natsir. Kata Bapak Muhammad Natsir sebagaimana di bawah:

Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir dari di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan, lalu diterima dan didukung oleh umat”

Kubang Kerian lancar ‘campusdaily’…

Sambil-sambil membuka Dashboard ProM USM, ada suatu perkembangan yang menarik – Kubang Kerian melancarkan weblog berita kampus mereka yang tersendiri. Urlnya adalah http://healthcampus.blogspot.com/

Tahniah! Semoga jaringan berita dan perkembangan USM baik kampus induk, Kubang Kerian hatta Transkerian (insyaAllah tidak lama lagi) akan lebih menggegarkan dunia kemahasiswaan di Malaysia.

Blog kita mesti menjadi suara perdana mahasiswa USM. Blog kita mesti disegani semua pihak. Blog kita mesti menjadi pengkalan berita USM suatu hari kelak. Sama-sama kita menggenggam tekad dan cita-cita.

Membebel lah Editor nih

Rasanya macam khutbah Aidilfitri pula. Sekadar celoteh dari kami sahaja. Semoga keberadaan SM dan ProM ini mampu mencetuskan fenomena perubahan dalam kalangan warga kampus USM, InsyaAllah.

Jom sokong Suara Mahasiswa. Jom sokong ProM USM. Jom sokong cita-cita Apex dan Universiti kita. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s