SPF disaran majmukan informasi, kekalkan identiti

Posted: Oktober 4, 2008 in Berita Kampus
Tags: , , , , , ,

SUNGAI PETANI | Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ProM USM, Sdri. Nurul ‘Izzati Zamuri menyarankan aktivis-aktivis Student Progressive Front (SPF) membangunkan bersama informasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris dalam blog rasminya, selain terus kekal menjadikan bahasa Thionghua sebagai identiti blog tersebut.

Secara peribadi, identiti (bahasa Thionghua) blog tersebut wajar dikekalkan kerana itu lambang kemajmukan ProM sendiri. Cuma, kita (ber)harap SPF boleh bersama-sama membangunkan prasarana bahasa alternatif (bahasa Melayu atau Inggeris) kerana pembaca kita (khususnya di USM) juga majmuk,” cadang Sdr. Nurul ‘Izzati.

Beliau juga menyatakan hasrat agar lebih banyak lagi weblog muncul dalam mengetengahkan berita-berita kemahasiswaan sama ada di peringkat lokal atau nasional; asalkan terus menjunjung nama baik Universiti dan kebebasan akademik.

Beliau juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh mahasiswa USM yang sudi menghadiri Rumah Terbuka Mahasiswa Kedah yang dianjurkan oleh PERSADA baru-baru ini. -END

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s