ProM minta pertimbang kekal 3% bagi peminjam culas PTPTN

Posted: Oktober 4, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

On Air | ProM USM mencadangkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menimbang semula penalty kekal 3% ke atas peminjam graduan/mahasiswa yang culas, bukan caj perkhidmatan baru iaitu hanya 1% sahaja.

Bagi kita (ProM), penalty ini suatu yang tidak wajar dan double standard. PTPTN patut melihat masalah culas membayar oleh pembayar ini secara makro dan mikro – pengangguran, inflasi, kos sara hidup yang tinggi, ketidakstabilan ekonomi kendiri, liabiliti persendirian dan sebagainya. Bukan pukul rata sahaja,” tegas Pengerusi ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Sdr. Adi Syahid juga mempersoalkan patutkah penalty yang lazim dilaksanakan oleh bank-bank konvensioanal dan syarikat peminjam berdaftar, turut dipraktikkan oleh PTPTN.

Peminjam PTPTN adalah mahasiswa dan memang tiada sumber pendapatan tetap. PTPTN sendiri diwujudkan untuk membantu atau qard al-hasan mahasiswa-mahasiswa Malaysia.

Mereka ini bukannya peminjam am yang berpendapatan dan layak menurut piawaian bank dan syarikat peminjam berdaftar di luar sana. Patutkah mereka dilayan sebagaimana peminjam-pemimjam bank dan along di luar sana?,” soal Adi Syahid lagi.

Ketika ditanya adakah beliau bersetuju dengan pandangan popular yang mengatakan bahawa tatacara PTPTN ini berunsur riba; beliau enggan mengulas kerana isu ini masih dalam kajian ProM USM.

Respon pemimpin mahasiswa USM ini dibuat melalui panggilan telefon dari pejabat Suara Mahasiswa (SM )di Minden -END

Advertisements
Komen-komen
  1. me de O'mata berkata:

    riba ke tak riba pun abes gak duit PTPTN dh digunakan utk makan minum beli buku…tak malu ke kite nk mengajar org yg dh membantu kite dgn cara derang wat keje??kite melawan caj tu sbb takut terkena pd dri kite kan??org dh bg pnjam duit tp liat nak byar..msti la ada sdikit hukuman kalo lmbat bayar..lain la kalo puak2 proM ni baik hati kn..mmg byar dh lewat sgt tp pi PTPTN ckp nk byar lbih skit sbb nk blas jasa PTPTN tampung hidup smpai berjaya

  2. Kawan Lamaaa berkata:

    Ade ke Jurucakap tu cakap dia sokong golongan peminjam liat ke, ape2 ke? Dia cadang agar kada1% untuk semua peminjam, xyah double standard. Satu lagi, Adi ini x pinjam PTPTN atau dapat biasiswa mana2 ye. Dia bercakap atas kepentingan dirinya kah atau orang lain?

  3. Norazizah berkata:

    emmh….ulama’ pun da sepakat faedah atau bunga yang dikenakn keatas pnjaman mrupakan haram. walau pun 3% je tp de gak unsur riba tue. nnt kena bayar lebih gak! huhu..sem 2 ni baru blaja ekonomi perspektif islam baru taw amik ptptn pun riba gak.berkat ker?..sedey.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s