Pantau kegiatan merosakkan perpaduan kaum *

Posted: Oktober 3, 2008 in Rencana
Tag:, , , ,

oleh Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff

RENCANA | Perpaduan kaum yang tulen dan ampuh masih jauh panggang dari api. Masyarakat majmuk kita masih tidak memungkinkan perpaduan sebenar berlaku kerana ia melibatkan konflik keperluan kaum yang berbeza.

Setiap kaum mempunyai agenda dan prasangka serta andaian masing-masing. Hal ini benar dan sering dipolitikkan.

Bahkan, situasi politik kita sejak akhir-akhir ini memperlihatkan perasaan, prasangka dan sikap stereotaip kaum yang menebal. Hal ini berlaku kerana politik perkauman sudah sebati dengan rakyat Malaysia?

Persoalannya, kenapa tahap perpaduan kita hanya di ukur dari sudut penyertaan rumah terbuka, pembabitan kegiatan kebudayaan sedangkan asas utama ialah perasaan, sikap, prasangka, stereotaip dan kefahaman Perlembagaan dan Rukun Negara?

Kenapa masih ada sifat tidak apa terhadap bahasa Melayu yang tidak diguna pakai sepenuhnya di sektor swasta? Kenapa Akta Bahasa Kebangsaan dipinggirkan mahupun dilaksanakan sepenuhnya dalam tadbir urus negara? Semua ini termaktub dalam Perlembagaan negara? Salah siapa jika fahaman assabiyah menular di kalangan pelbagai kaum?

Malah, pada hemat saya, perpaduan kaum kita sudah semakin tenat dan sering dipolitikkan oleh pihak tertentu sehingga kita merasa seolah-olah neraca ukuran perpaduan sebagai teras permuafakatan kaum sudah berubah.

Konsep perpaduan kaum yang tidak pasti berlaku secara total sudah pun dijadikan bahan politik saban pilihan raya umum. dan digendangkan secara konsisten oleh media vernakular sedangkan kerajaan berusaha sedaya upaya memupuk perpaduan dengan pelbagai program.

Malangnya, kita biarkan isu sensitif agama, identiti kaum dan kerenah lain berbaur perkauman menjadi polemik harian dalam media massa. Sama ada akhbar vernakular atau sebaliknya, kita bermain api dengan isu agama dan bangsa seolah-olah kebebasan bersuara tanpa batasan?

Kita begitu longgar dengan isu bahasa, perkauman dan agama yang sengaja dipolitikkan dan dijadikan isu besar dalam dada akhbar? Kenapa hal ini mesti disiarkan dan dibincangkan dalam media? Di mana pemantauannya?

Justeru, soal perpaduan kaum sebenarnya isu utama negara dan tindakan proaktif mesti berterusan dilaksanakan bukan bermusim sahaja. Ia mesti melibatkan bukan sahaja memelihara bahkan meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional.

Dalam konteks ini, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional mesti diperkasakan dengan kuasa mengawal dan memantau kegiatan dan perihal perpaduan kaum dari sudut kognitif, tingkah laku dan perasaan, sikap, pengetahuan, dan amalan.

Untuk itu, kefahaman dan pengetahuan kenegaraan dan fahaman kecintaan negara (patriotisme) mesti dipupuk bukan di peringkat persekolahan bahkan di sektor pekerjaan dan di kalangan komuniti politik.

Sistem media kita juga perlu dipantau agar fahaman sempit perkauman yang dipolitikkan tidak bermaharajela lalu berbaur hasutan dan sekali gus menanam bibit prasangka di kalangan pembaca, penonton dan pendengar.

Maka, sudah sampai masanya, Akta Perpaduan Nasional digubal dan dijadikan satu panduan kerukunan negara, kedamaian masyarakat dan ke arah mewujudkan kestabilan politik yang mantap menjelang 2020.

Jika tidak, perpaduan kaum akan menjadi penghalang besar kepada kecemerlangan Malaysia.

—————————

Artikel ini telah ditulis oleh ahli akademik di Pusat Pengajian Komunikasi USM. Artikel ini diambil dari Utusan Malaysia untuk manfaat pembaca sekalian semata-mata.

Advertisements
Komen-komen
  1. wartawan USM berkata:

    Kurang suka dengan MPP USM terutamanya *** ******* ****** (salah sorang MPP ProM) ….pernah menengking kami di hadapan VC akibat lambat datang ke tapak konvo..dan masalahnya, mereka dengan sesuka hati menukar Q kami dari show terakhir kepada show pertama…hanjing kauuuuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s