Cuit celoteh ProM di Hari Lebaran…

Posted: Oktober 1, 2008 in Suara Mahasiswa
Tag:, , , ,

SANTAI | Salam aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga kampus sejahtera dan tercinta sekalian. Pada kesempatan ini, Pro Mahasiswa (ProM) ingin mengucapkan selamat pulang berhari raya kepada semua, ahli keluarga besar Universiti Sains Malaysia (USM). Semoga lebaran yang disambut ini membawa seribu makna kepada kita semua.

Kepada rakan-rakan non-muslim jemput-jemput la bertandang ke rumah…Opps..lebih2 pulak yer editor nie..

Sempena hari lebaran ini, krew Suara Mahasiswa ProM sempat menerjah duta-duta sensasi ProM bagi pusat pengajian.. Jom kita tengok apa reaksi mereka mengenai hari raya ni…

_______________________________

Ucapan 001 | Salam Lebaran buat semua sahabat-sahabat seperjuangan dan seluruh warga kampus. Syawal menjelang Ramadhan menghilang.

Bergema takbir syawal ditangisi bersama kerana itulah hari kemenagan buat kita. Tetapi, tangisilah juga  pemergian  Ramadhan kerana tahun hadapan belum tentu kita akan temuinya lagi.

Waspada dengan setiap detik waktu yang terbuang tanpa tujuan agar hidup kita akan terus kekal berjuang.

_______________________________

Ucapan 002 | Salam perjuangan mahasiswa, salam kecemerlangan Universti dan salam aidilfitri buat semua rakan mahasiswa.

Semoga gembira dan berbahgia di samping keluarga dan sanak saudara di hari yang mulia ini.Bak kata ‘saudara kita’ sebelah sana dalam sticker terbaru mereka, “perjalanan kita masih jauh dan belum selesai”.

Kita juga akan buktikan kita mampu memperkasakan perjuangan, amanah an istiqamah dalam tindakan, meneruskan kecemerlangan membina kegemilangan dan bersama universiti lahirkan graduan terbilang kerana itulah moto kami‘bersama universiti menjunjung perubahan! ”Selamat Hari Raya!

_______________________________

Ucapan 003 | Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua rakan-rakan yang beragama islam. Semoga hari raya ini disambut penuh bermakna disamping keluarga tercinta. Jangan lupa untuk kembali ke kampus yup! (^_^)
_______________________________

Ucapan 004 | Kaum muda membuat sejarah dengan hati mereka.

Cendikiawan membuat sejarah dengan akal pikiran mereka.

Orang arif membuat sejarah dengan jiwa mereka. Apabila hati, akal dan jiwa saling menunjang untuk membuat sejarah, pasti sejarah tak akan pudar sinarnya dan tak akan padam obornya.

Jom Kita cipta sejarah ketamadunan pro mahasiswa di USM! .::Bersama Universiti menjunjung Perubahan!::. “selamat Berhari raya, maaf zahir & batin “

_______________________________

Ucapan 005 | Warga USM diseru untuk terus mara bergerak ke puncak sempena pengiktirafan USM mengikuti program APEX.

Begitu juga saya menyeru mahasiswa/i untuk terus mendokong pro-M bersama universiti menjunjung perubahan ini. Selamat hari raya di ucapkan kepada seluruh warga kampus sejahtera.

Kita semua mampu untuk berubah! Usah takut, Usah ragu-ragu, kami PRO-M bersama anda mendokong perubahan ini. Untuk anda semua Salam Aidilfiti dan jumpa lagi!

_______________________________

Ucapan 006 | Salam aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Warga kampus sejahtera.

Bergelut dengan kesibukkan waktu yang menghambat diri sebagai seorang mahasiswa/i sepatutnya memanfaatkan hari lebaran ini untuk kita berjumpa dengan keluarga tercinta.

Akhir kalam, ikhlas dari saya selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Salam lebaran, salam perjuangan & salam pro-mahasiswa…

_______________________________

Ucapan 007 | Di kesempatan ini KAMI menghulur 10 jari mohon ampun di atas segala salah dan silap.

Semoga hari raya ini memberi 1000 erti pada kalian semua…

Di saat kita bergembira jangan dilupa pada yang tiada,

Di saat kita berbahgia jangan dilupa pada yang tak berupaya

Di saat kita berseronok jangan dilupa matlamat asal kita. Di saat kita berhari raya, Jangan dilupa ‘raya’ kita dikampus yer…=) Selamat hari Raya, maaf zahir dan batin

_______________________________

Ucapan 008 | Lebaran aidilfitri menjelang tiba, syawal dirai dengan penuh kesyukuran,

Jangan dilupa untuk kembali bersua, Mencetus revolusi Menjunjung perubahan.

Mahasiswa pemangkin kelestarian masa hadapan. Lestarikan budaya dan pemikiran kita ke arah pembentukkan keunggulan ketamadunan mahasiswa di bumi Minden.

Mahasiswa untuk mahasiswa! Bersama universiti menjunjung perubahan!

_______________________________

Ucapan 009 | ~ Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Mahasiswa/I USM ~

———————–

Ucapan 010
“Wahai anakku apabila perut kantongmu penuh padat, maka pikiranmu akan tidur,hikmah kebijaksanaanmu menjadi tumpul, dan anggota badanmu lemah dalam mengamalkan ibadah”( Nasihat Lukmanul hakim)
—————————

Ucapan 011 | Kepada semua mahasiswa/i USM selamat pulang berhari raya. Semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasinya. Jumpa lagi selepas raya nanti!

———————–

BEGITULAH coloteh ucapan dari mahasiswa sensari sahsiah terpuji ProM ini, walaupun mungkin kamu yang sedang membaca ini berlainan ideology, agama, kaum, adat, pendekatan serta budaya yang berbeza tapi hakikatnya kita tetap manusia biasa yang banyak kelemahan.

Dikesempatan ini ProM memohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan kami. Semoga lebaran yang bakal menjelma disambut dengan penuh kebahagian disamping keluarga tercinta.Selamat Hari Raya Aidilfitri & Jumpa Lagi! -END

———-

P/S: Krew Suara Mahasiswa rehat 2 hari sempena meraikan ‘Aidilfitri. Harap maklum…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s