BAIK BURUK APEX KE ATAS AUTONOMI, KEBEBASAN DAN TRADISI UNIVERSITI

oleh Zainulfaqar Hj. Yaacob *

RENCANA | Ahli akademia dan Universiti kita senantiasa dalam dilemma. Pertama, dihambat oleh tanggungjawab untuk meletakkan USM dalam piawaian Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) dalam masa 5 tahun ini.

Kedua, hasrat lain oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri, iaitu membina sebuah Universiti baru berstatus Apex sebagaimana dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negera (PSPTN).

Kita seolah-olah keliru dan mengalami krisis keutamaan – perlu menunggu sampai 5 tahunkah untuk melihat perkembangan, menimba pengalaman serta memanfaatkan panduan USM melalui wawasan Universitinya: Tranforming Higher Education for Sustainable Tomorrow?

Atau, Kerajaan-KPT boleh terus sahaja membangunkan suatu prasarana Universiti yang baru dan menyeluruh atas kapasiti serta pengalaman politik kepartian mereka tersendiri demi memastikan ada IPT tempatan berstatus APEX dalam masa yang lebih singkat dari itu?

Sebenarnya, kedua-dua inisiatif ini mempunyai banyak kebaikan. Namun, keburukan juga terpaksa sama-sama didepani oleh sistem pendidikan tinggi nasional jika tidak ditimbang tara secara cermat dan holistik.

Salah satu impak buruk adalah perlaksanaan Apex bakal meruntuhkan autonomi kampus serta kebebasan akademia Universiti.

Jika diteliti, pemilihan USM adalah suatu pilot test Apex bagi pembangunan universiti-universiti lain di Malaysia. Atas maksud itulah, USM diberi beberapa autonomi oleh KPT/Pemerintah– budjet kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Walaupun demikian, modus operandi seumpama ini akan mengheret Universiti menjadi sebahagian dari entiti Kerajaan atau lebih tepat sebuah Jabatan di bawah kerajaan. Sedangkan Universiti mempunyai pelbagai tradisinya yang tersendiri yang wajar dipertahankan.

Kita boleh melihat pelbagai pengalaman Universiti-Universiti tersohor di peringkat dunia; yang pernah melaksanakan modus operandi seumpama ini.

Salah satunya adalah pengalaman IPT-IPT di Amerika Syarikat (AS) sendiri khususnya dalam akhir kurun ke-19 Masihi sehinggalah awal kurun ke-12 Masihi.

Ada pandangan mengatakan masalah kebebasan akademik (academic freedom) tidak timbul di IPT-IPT AS. Para Profesor mempunyai autonomi dan kebebasan dalam menentukan hal ehwal akademia, menyusun korikulum, kandungan kursus Universiti sehinggalah pemilihan buku-buku teks akademia perdana.

Lebih dari itu, Universiti di AS juga mempunyai autonomi serta kebebasan dalam pengambilan kakitangan akademik baru melalui suatu sistem perundingan dan sokongan tersendiri walaupun mereka tidak melantik kenalan-kenalan mereka secara formal. (Jencks dan Riesman, 1968: 15)

Tetapi, disebalik amalan di atas ini, kedudukan serta kesarjanaan tinggi mereka ini telah dikawal secara ketat dan tidak mementingkan tradisi serta disiplin akademia oleh suatu pihak – trustees dan regents.

Kedua-dua pihak ini terdiri oleh ahli koperat dan berpengaruh (politik-ekonomi) serta mempunyai kepentingan langsung dalam beberapa syarikat mega dan perbendaharaan AS sendiri.

Sebagai contoh, Regents University of California adalah individu-individu yang berpengaruh dan berkepentingan tinggi – 20 orang daripada Regents tersebut adalah anggota bagi 60 lembaga korporat mega; termasuk Western Bancorporation, iaitu sebuah bank yang terbesar di AS (Smith, 1974: 30)

Lebih dari itu, boleh dikatakan kebanyakan Universiti dikuasai secara tidak langsung oleh gergasi kewangan, korporat dll. Sebagai contoh, United California Bank sehingga kini menguasai universiti-universiti Chicago, Stanford, MIT, Brandeis, University of Southern California, Colombia dan Harvard.

Begitu juga dengan badan-badan korperat yang lain seperti Chase Manhattan Bank, General Motor, Standard Oil, Ford Motor Company dan General Electric ada menjadi wakil dalam trustees Universiti-Universiti seperti Harvard, Princeton, Columbia, john Hopkins, Michigan State, Pennsylvania, Duke, MIT, Cornell, Syracuse, Yale, Dartmouth dan Purdue.

Impaknya telah disinggung sendiri oleh sarjana-sarjana di sana sebagaimana di bawah:-

…faculty members have a power because the trustees permit them to control certain aspects of teaching and administration! In so far as they conform to the desires of the trustess, faculty members are allowed to participate ini lower level decision making. In so far as they stick to their diciplines and leave the waters of controversy untroubled, their advice will be respected and even heeded. This, in short is the fabled ‘academic revolution’…” (Smith, 1974: 28)

Banyak contoh malang di sana apabila Universiti terlalu mengejar nama dan status tertentu, walaupun terpaksa berdiri di atas runtuhan tradisi autonomi dan kebebasan akademia Universiti sendiri.

Impaknya, beberapa ‘tradisi kecemerlangan’ tersendiri universiti-universiti tersebut kian luntur akibat dimamah oleh kepentingan politik tertentu oleh pihak-pihak tertentu.

Ahli Sosiologi agong, Profesor Edward Ross telah dipecat dari Stanford University kerana mengkritik sikap melampau dalam kalangan ahli korperat. Desakan tersebut datang daripada penyumbang AS20 juta kepada Universiti tersebut sendiri, Jane Stanford (iaitu cucu kepada Lelan Stanford) yang tidak selesa dengan kritikan “…drawing distinctions betwen man and man…” (Smith: 1974: 30)

Di England juga, realiti keruntuhan autonomi, kebebasan dan tradisi Universiti berlaku. Profesor Arnold Toynbee yang pernah menduduki Koraes Chair of Modern Greece and Byzantine History, Language and Literature di King’s College, London University sendiri pernah dipecat pada tahun 1924.

Ini kerana pemberi anugerah ‘Kerusi Penghormatan’ di sana tidak selesa dengan penulisan akademik Prof. Arnorld Toynbee berhubung kegiatan khianat askar Greece yang pernah menduduki Asia Minor.

Bagitu jugalah dilemma dan baik buruk universiti-universiti di Malaysia sebenarnya. Antara kebaikan Universiti kita khususnya yang menerima anugera APEX adalah memperoleh autonomi dari Kerajaan/KPT dan boleh mengakses pelbagai perkara – seperti budjet kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi sehinggalah penetapan yuran pengajian.

Namun, disebalik kebolehupayaan ini adalah Universiti secara semulajadi akan terus atau semakin diikat oleh pelbagai kepentingan pihak luar (khususnya ahli politik dalam Kabinet Kerajaan dan KPT sendiri) melalui perluasan upaya-kuasa ‘trustees’ dan ‘regents’ di universiti-universiti kita.

Sebelum ini pun, telah kita lihat pelbagai keputusan yang melibatkan autonomi, kebebasan serta tradisi Universiti telah pun tercalar.

Antaranya adalah pengenalan AUKU 1971 (Pindaan 1975) yang menghalang warga Universiti – Profesor, Penyelidik, Bendahari, Ahli Akademik sehingga MAHASISWA untuk memainkan peranan masing-masing sebagaimana falsafah penubuhan Universiti; menjadi pusat pengembangan nilai dan potensi kemanusiaan demi membangunkan tamadun ‘Universal Man’.

Pengenalan AUKU ini telah mengakibatkan ‘kerajaan Universiti’, iaitu Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor sehinggalan Timbalan-Timbalan Naib Canselor (khususnya Hal Ehwal Pelajar) tidak lagi dicalonkan atau dilantik oleh Pihak Berkuasa Universiti (PBU – seperti Jemaah, Majlis, Senat dan Lembaga).

Mereka ini dilantik oleh ahli-ahli politik kepartian dalam kabinet, kerajaan dan kementerian berwajib (iaitu KPM dan KPT).

Impaknya, perlantikan itu kadang-kadang langsung tidak atas merit kebolehan akademik, lebih pada berkepentingan politik kepartian pemerintah. Misalnya, perlantikan Profesor Ungku Aziz sebagai Naib Canselor di Universiti Malaya dalam suatu tenure yang begitu panjang dikatakan berpunca oleh hubungan peribadinya yang erat dengan Tun Dr. Mahathir Muhammad.

Demikian juga dalam perlantikan Dato’ Rafeah Salim sebagai Naib Canselor Universiti Malaya; dikatakan hasil usul ahli-ahli politik pemerintah yang berprofil tinggi juga.

Memang Dato’ Rafeah Salim adalah seorang yang adil, objektif serta profesional, dalam pengurusan Universiti dan pembangunan mahasiswa sendiri.

Namun, persoalannya adakah kepemimpinan tertinggi dalam universiti diukur pada merit tersebut?

Atau kepemimpinan Universiti patut dipilih berdasarkan kesarjanaan, status profesor serta pencapaian-pencapaian akademik yang lain?

Begitu jugalah realiti perlantikan Prof. Dr. Dato’ Hashim Yaacob, Prof. Dr. Dato’ Mohd Razali bin Agus dan Prof. Dr. Zanal Kling di Universiti Malaya sebelum ini.

Begitu juga dalam perlantikan kontroversi Profesor Dr. Dato’ Nordin Kardi sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Dikatakan pemilihan beliau ini selain atas hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, dilihat atas pencapaiannya sebagai Pengerusi Biro Tatanegara Nasional (BTN), iaitu sebuah badan propaganda pemerintahan UMNO/BN.

Banyak impak lanjutan apabila Universiti hilang autonomi, kebebasan dan tradisinya. Salah satu darinya adalah pemecatan atau tekanan akan dikenakan ke atas warga Universiti hanya kerana aspirasi kelompok-kelompok ini tidak selari dengan cita-cita pemerintah; atau kelantangan mereka mengkritik kezaliman pemerintah; atau partisipasi langsung atau tidak oleh mereka ini dengan pihak-pihak yang dilihat sebagai oposisi di sisi pemerintah.

Prof. Dr. Chandra Muzaffar telah dipecat secara tidak langsung (dengan cara Universiti) tidak menyambung kontrak akademianya) di Universiti Malaya pada bulan Februari 1999 kerana beliau secara terbuka telah menyokong gerakan REFORMASI.

Begitu jugalah tekanan politik yang telah menimpai Prof. Dr. Terrence Gomes, Dr. Jomo Kwame Sundaram dll di Universiti Malaya selepas tahun 2000.

Ini belum masuk rekod penganiayaan yang telah menimpai mahasiswa. Antara tahun 2000-2006, lebih 50 aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) telah dianiayai di bawah akta draconion AUKU oleh proksi UMNO  di kampus (iaitu TNC HEPA).

Mereka dilayan sedemikian rupa kerana sikap lantang mereka dalam menjunjung autonomi, kebebasan serta tradisi Universiti di dalam kampus dan di peringkat nasional.

Di Universiti Utara Malaysia (UUM), kita tentu masih ingat tentang tekanan politik yang telah menimpai Dr. Azly Rahman pada pertengahan tahun lepas. Begitu juga di beberapa Universiti lain Malaysia.

Berbalik pada 2 ufuk kepentingan sebagaimana yang disinggungkan pada awal penulisan ini, sekali lagi semua pihak diajak untuk melihat – sejauh mana APEX ini mampu mereputasi Universiti kita di Malaysia selagimana universiti-universiti kita ini masih terus menerima campurtangan ahli-ahli politik kepartian pemerintah?

Tidakkah APEX ini akan terus mengikat dengan lebih ketat tradisi serta fungsi akademia universiti-universiti di Malaysia sehingga luntur campus autonomy, academic freedom serta universal tradition?

Berbalik pada hasrat KPT untuk membina sebuah lagi Universiti berstatus Apex, persoalannya apakah pengalaman dan panduan KPT/Pemerintah dalam membangunkan prasarana ini?

Peluang menjadikan USM sebagai Universiti sendiri masih peringkat pembinaan dan belum ada pencapaian yang boleh dijadikan panduan bersama.

Bagaimana KPT/Pemerintah boleh mengambil tindakan tergesa-gesa menubuhkan suatu prasarana pengajian tinggi yang baru atas cita-cita Apex yang sama?

Atau KPT/kerajaan sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang bukan menjurus pada cita-cita Apex?

Sejarah jatuh bangun Universiti-Universiti terkemuka di AS-England telah lama menyusul hasrat sedemikian sebagaimana yang cuba dilaksanakan oleh KPT/Pemerintah hari ini atas nama Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negera (PSPTN).

Ini jawapan jujur sarjana-sarjana akademia di sana yang boleh sama-sama kita fikirkan hari ini:-

…to assure industry of a ‘friendly reservoir’ of technically and administratively skilled workers from which the corporations might periodically replenish the highly skilled sector of their workforce…” (Smith, 1974: 121).

Ayuh jadikan Universiti kita ini benar-benar milik warganya (iaitu ahli akademia, penyelidik dan MAHASISWA), bukan lagi sebagai perkakas politik bapak-bapak Menteri; atau ‘telaga duit’ kaum kapitalis; atau menjunjung kepentingan sempit oleh kaum politikus kepartian tertentu itu sendiri. We Unite for University Right and Student Agenda -END

——————-

* Penulis adalah bekas aktivis mahasiswa dan graduan Universiti Malaya KL. Pandangan-pandangan beliau boleh didapati dalam blog instinctive-stage G3.0 [http://zainulfaqar.wordpress.com]

About these ads

3 thoughts on “BAIK BURUK APEX KE ATAS AUTONOMI, KEBEBASAN DAN TRADISI UNIVERSITI

  1. Penswastaan ialah pengabaian kerajaan terhadap tanggungjawab untuk menjaga rakyatnya.

    Penswastaan bertujuan menindas kaum marhein dan terus memperkayakan kaum-kaum lintah komprador.

    Penswastaan ialah satu punca kenapa yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

    Kalau dibiarkan negara kita akan jadi masyarakat dua darjat,yang kaya dan yang miskin.

    Marilah kita menyokong egalitarian dan kesaksamaan antara kita!

  2. bangang punya artikel. orang lain berhempas pulas nak dapatkan status apex, ko pulak kata bukan-bukan. Entah-entah penulis ni lulus pun belum lagi dari universiti.

    bab perlantikan nc, tnc tu eloklah ko lihat sejarah. dulu bila tiada auku, perlantikan vc, tnc dan lain lain adalah mengikut undian senat. dahulu siapa dalam senat? dekan-dekan kebanyakannya kan? Bangsa mana yang banyak jadi dekan-dekan dahulu. Cuba habaq mai sat.

    kalau dekan, tnc dan vc dia banyak dari abngsa tu sudah tentu pengambilan dan kenaikan pangkat pensyarah lebih utnuk bangsa itu. Pengambilan pelajar juga tentu lebih untuk bangsa itu khususnya dalam bidang-bidang sains dan teknologi.

    itulah lain kali cakap tengok sejarah dahulu

  3. Anakkuala,

    Lu lah ya tak tau sejarah! Dulu masuk U memang tengok keputusan akademik, apa pulak kaitan dgn bangsa apa! mana ada macam sekarang, kuota 50% kpd bangsa macam lu! Lu memang memalukan bangsa lu la! Macam lu mia cakap, bangsa lu sumua masuk U krn ada kuota la! Kalau takde kuota bangsa lu memang tak layak masuk U ke?! Buang maruah sendiri!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s