Hasrat bina Universiti Apex, ProM minta KPT pertimbang

Posted: September 29, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , , , ,

KOTA BHARU | Ketua ProM USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali melalui panggilan telefon meminta Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar menimbang semula hasrat membina prasarana fizikal Universiti baru berstatus Apex sebagaimana yang diumumkan oleh Menterinya Datuk Seri Khaled Nordin melalui Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) hari ini.

Berita Harian memaklumkan begitu klik. Bagi saya, pembangunan prasarana baru ini adalah suatu langkah tergesa-gesa. Sepatutnya USM yang baru diberi ‘keistimewaan’ untuk menjayakan Apex ini harus menjadi fokus utama Kerajaan dan KPT sendiri. Ia (USM) adalah pilot test bagi IPT-IPT lain. Ini rasional saya,” jelas Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga mempersoalkan apakah jaminan pihak berwajib dalam memastikan pembinaan Universiti berstatus Apex ini akan diterima dunia, kerana Malaysia masih belum ada pengalaman dan pilot test untuk dijadikan panduan.

Beliau yang juga Pengerusi GBMU menegaskan bahawa pendirian ProM ini tidak seharusnya dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“(Apa)bila saya minta pihak berwajib pertimbangkan hasrat ini (menubuhkan Universiti baru), janganlah menganggap saya anti pembangunan nasional dan sebagainya. Saya minta dipertimbangkan, cukuplah (hasrat ini) dipertimbangkan (oleh Kerajaan dan KPT),” tambah Sdr. Adi Syahid lagi.

Beliau juga menyarankan Kerajaan dan KPT memberi fokus pembangunan penyelidikan dan mutu pendidikan di IPT-IPT yang sedia ada, bukan hanya USM semata-mata.

“Selain USM, kita (rakyat Malaysia) ada UM, UKM, UiAM, UPM dan sebagainya. Sepatutnya peruntukan PSPTN lebih disalurkan dalam mereputasi semua Universiti ini agar menjadi Universiti Apex dan membanggakan negara kita,” cadang Sdr. Adi Syahid lagi.

Beliau mengulangi komitmen mahasiswa dan ProM USM sendiri untuk bersama-sama Universiti menjunjung perubahan; iaitu merealisasikan USM sebagai Universiti Apex. -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s