‘Tapau-mania’ – sinergi USM dengan alam

Posted: September 28, 2008 in Berita Kampus, Nasional
Tag:, , ,

oleh: WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI

INFORMASI | Pertama kali penulis mendengar frasa ‘pengantarabangsaan’ univer- siti adalah di Universiti Sains Malaysia (USM) sekitar awal tahun 2000.

Konsep yang sering ditegaskan oleh Naib Canselor USM, Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak antara lain bertujuan menjadikan USM dan warganya lebih progresif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Apa yang pasti ia bukan sekadar ucapan kosong. Komuniti USM banyak menghasilkan pelbagai produk dan inovasi berkualiti dan diiktiraf di persada dunia selain menukilkan nama USM dalam jurnal-jurnal antarabangsa.

‘Pengantarabangsaan’ bukan sekadar telah mencapai matlamat, malah terus dilebarkan dalam pelbagai cabang akademik dan modal insan kampus ‘Kami Memimpin’ itu.

Terkini melalui konsep ‘Universiti Dalam Taman, Bersinergi Dengan Alam’, USM membuktikan mereka berhasil dalam melahirkan modal insan yang berdaya fikir ‘di luar kotak’.

Sejak kira-kira setahun lepas, warga USM amat aktif menjalankan pelbagai kempen penghijauan dan giat membuat penambahbaikan. Usaha itu termasuk kempen memboikot penggunaan bekas tertentu serta mempromosi pelbagai kaedah yang boleh digunapakai bagi mengurangkan penghasilan sampah.

Terkini sempena bulan Ramadhan, sukarelawan Kelab Alam Sekitar yang merupakan sebahagian daripada Sekretariat Kampus Sejahtera menjalankan kempen Tapau-mania secara besar-besaran.

Antara lain Tapau-mania adalah cabaran untuk semua warga USM, termasuk kakitangan untuk mengumpulkan setem Tapau-mania dalam tempoh 11 hari bermula dua hingga 12 Ramadhan lalu.

Mereka akan mendapat setem tersebut daripada pengusaha kantin sekiranya membawa bekal sendiri bagi membungkus makanan untuk berbuka puasa atau turun makan di kantin.

Kempen tersebut telah mendapat sambutan yang cukup hebat daripada kira-kira 75 peratus warga USM, meskipun ada yang terbatal akibat gagal semasa penilaian cara mengumpul setem.

Pastinya, pujian harus diberi kepada pengusaha kafeteria yang membantu memastikan pemberian stem Tapau-mania kepada yang berhak.

Jurucakap Tapau-mania yang hanya dikenali sebagai Hidayah mengakui bahawa usaha itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan semangat mencintai alam para pengusaha kantin.

Lebih bermakna Tapau-mania mendapat kerjasama dengan jenama terkenal Tupperware yang menaja hadiah-hadiah pertandingan selain menyediakan bekas berkualiti dengan harga yang amat murah kepada warga kampus.

Kempen Tapau-mania itu adalah sinambungan daripada usaha pelajar USM yang mahu kampus mengharamkan penggunaan polisterina (melalui kempen The White Coffin) dan mengurangkan penggunaan plastik (kempen Say No To Plastic).

Selain pelbagai kempen pengurangan sampah, sekretariat juga giat mempromosi penggunaan pelbagai pembungkus makanan mesra alam (eco-pack) termasuk bekas plastik kitar semula.

Pastinya, kempen-kempen ini sesuai dengan inisiatif pelajar menghasilkan polisi Kafeteria Sejahtera yang berkuatkuasa sejak 1 Ogos lalu.

Selain mempromosi amalan-amalan di atas, polisi tersebut turut memupuk habit menghabiskan makanan tanpa meninggalkan sisa bagi mengurangkan penghasilan sampah.

Juga membudayakan amalan membawa bekas bekal makanan sendiri jika mahu membungkus selain hanya menggunakan bekas makanan pakai buang yang mudah terbiogradasi sekiranya perlu.

Lebih menarik, pengusaha kantin telah bersatu dan bersetuju mengurangkan penggunaan plastik termasuk tidak memberi beg plastik secara percuma kepada pelanggan.

Mengulas pelbagai inisiatif mesra alam yang dimangkin oleh Sekretariat Kampus Sejahtera itu, Dzulkifli dipetik memuji usaha-usaha tersebut yang mampu menerbitkan satu didikan dan kesedaran secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

Masyarakat yang terdidik dengan cara yang betul tidak memerlukan peraturan-peraturan wajib yang memaksa warga komuniti melakukan sesuatu.

Lebih membanggakan beliau, segala inisiatif mesra alam yang berlaku di dalam kampus tersebut adalah usaha para pelajar sendiri.

“Ini satu penyelesaian yang bagus dan praktikal serta paling penting ia membantu mengurangkan penjanaan sampah khususnya daripada bekas makanan.

“Selain mewujudkan alam sekitar yang lebih baik, amalan itu juga mampu mengubah corak kehidupan generasi masa depan,” tegas beliau.

Musim Jerebu
Contoh lain kejayaan konsep penghijauan Universiti Dalam Taman dapat dilihat semasa musim jerebu.

Sekiranya pembaca masih ingat setiap kali jerebu melanda, impak terhadap Pulau Pinang sebuah negeri industri pasti cukup teruk.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negeri seringkali amat buruk kecuali bacaan di stesen IPU ‘daerah’ USM yang sentiasa lebih baik berbanding daerah lain.

Ini barangkali adalah berkat konsep bersinergi dengan alam mereka, termasuk pengurangan kenderaan bermotor, mengekal kehijauan dan giat memulihara pohon-pohon rendang sekitar kampus dan kawasan hutan ‘Lembah Durian’.

Justeru, tidak salah barangkali jika penulis katakan, warga komuniti dengan kualiti modal insan sebegini nyata membantu menghasilkan rasa sense of belonging atau semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan warga dan bekas warga seterusnya membezakan USM dengan institusi lain.

Apapun tahniah kepada sekalian warga dan bekas warga USM atas kejayaan terbaru terpilih sebagai Universiti Apex pertama yang pasti mencabar.

Maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif hijau Kampus Sejahtera boleh didapati dengan melayari laman web healthycampus.usm.my atau http://www.usm.my.

Advertisements
Komen-komen
  1. shahidan berkata:

    the practise of eco pack is briliant idea and step to ensure our unhygienic and contaminated environment will turn to be better. we can sustain our resource for our future generation. the resource of economic is a catalyst for the development. so the implementation of eco pack can conserve and save our resource.. drought will not be inevitable and the global warming will be asing later…hopefully it will be executed throughout the country. good examplary…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s