Virus bukan alasan tutup makmal komputer PiPP

Posted: September 26, 2008 in Berita Kampus
Tag:,

UNIV. SAINS MALAYSIAPengerusi Sukarelawati ProM PPiP, Sdri. Siti Farhana Che Ahamat mengarahkan beberapa Sukarelawannya untuk turun ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPiP) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang masalah makmal komputer di sini.

“Setakat ini, kita mendapat maklumat bahawa makmal ini acap kali ditutup. Mahasiswa merungut hal ini. Sebab itu kita akan mengenal pasti apakah punca sebenar rungutan mahasiswa ini?,” jelas Sdri. Siti Farhana.

Beliau juga memaklumkan bahawa antara alasan yang diterima daripada seorang staff di sini adalah banyak pelajar membawa virus ketika menggunakan kemudahan atau mengakses internet di makmal komputer tersebut.

“Virus ini sepatutnya dianggap sebagai masalah lazim. Pihak berwajib tidak boleh lah merungut hal ini, kerana mereka memang digajikan untuk menguruskan prasarana di Makmal Komputer tersebut,” jelas Sdri Siti Farhana lagi.

Beliau juga secara peribadi melahirkan rasa kecewa dengan segelintir staff di sini kerana tidak ‘mesra mahasiswa’.

Beliau turut memaklumkan bahawa ProM peringkat Universiti sedang melaksanakan beberapa penyelidikan perpustakaan (librarian research) berhubung Polisi Pengurusan USM dan sedang mengenal pasti apakah hak-hak yang boleh diketengahkan oleh ProM demi memelihara kebajikan dan hak mahasiswa Universiti.

Respon ini diberikan dalam Majlis Berbuka Puasa peringkat fakulti lewat petang tadi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s