Jika lebih 30 siswa, ajar saja subjek minor-major di PiPP

Posted: September 26, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , ,

UNIV. SAINS MALAYSIA Ketua Sukarelawati ProM Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPiP), Sdri. Siti Farhana Che Ahamat meminta pihak berwajib untuk mengkaji semula susunan subjek minor-major di sini demi memudahkan proses pengajian mahasiswa PPiP sendiri.

“Kita semua tahu yang ada banyak subjek minor dan major kita di PP (Pusat Pengajian) lain. Impaknya, kita terpaksa pergi ke PP tersebut yang jauh walaupun angka calon yang mengambil satu-satu subjek minor-major di PP lain 20 atau 30 orang dalam satu-satu semester. Sebenarnya, kondisi ini cukup tidak praktikal,” ulas Sdr. Siti Farhana.

Ketua Sukarelawati ProM PPiP tersebut juga turut mengetengahkan pengabaian pihak berwajib di sini sehingga rata-rata mahasiswa terpaksa menangani masalah pertindihan waktu kuliah antara subjek minor dan major; mahasiswa tidak diberi nasihat akademik dalam menguruskan jadual subjek kuliah-tutorial dan dilemma ‘anak tiri’ dalam kalangan mahasiswa PPiP sendiri apabila belajar subjek minor-major di PP luar.

“Macam-macam kesulitan telah sama-sama kita hadapi. Pertindihan waktu kuliah-tutorial umpamanya disebabkan tiadanya penyelarasan waktu secara serius antara pentadbiran PPiP dan  pentadbiran PP-PP lang lain sedangkan majoriti mahasiswa kita (PPiP) berdepan masalah ini secara serius saban semester,” respon Siti Farhana.

Beliau secara tertib mencadangkan agar penyelaran dibuat segera antara pentadbiran PPiP dan PP-PP yang terlibat agar masalah ini tidak lagi dihadapi pada semester depan.

“Jika mahasiswa bagi satu-satu subjek minor-major di PP luar lebih dari 30 orang, apalah salah kiranya tempat kuliah-tutorial juga dibuka atau diadakan di Pusat Pengajian kita (PPiP)?,” saran Sdr. Siti Farhana.

ProM akan cuba membuat kajian lanjut berhubung masalah ini demi kepentingan dan kebajikan mahasiswa. Kemungkinan ProM akan cuba bertemu pihak berwajib dalam masa terdekat -END

Advertisements
Komen-komen
  1. sayang ProM berkata:

    Bkn PiPP, tapi PPIP, Pu Peng Ilmu Pen.. berkenan tajuk: satu idea yang realistik

  2. sokong ProM berkata:

    Salam, masalah sebegini,sebenarnya dah lama menjadi buah mulut junior2 di PPIP, masalah pertindihan jadual memang tidak asing lagi di PPIP,.saya pernah menyuarakan hal ini kepada pihak berwajib, katanya banyak hal yg harus dipertimbangkan kerana utk menguruskan major minor, ia melibatkan banyak PP, jadi masalah birokrasi tu banyak la…namun begitu, sebagai seorang bakal pendidik, kita harus bijak mengurus…ini salah satu cabaran untuk bakal2 guru supaya lebih berdikari…

  3. SHAHRUL FAISAL BUDON berkata:

    “SETIAPPENGORBANAN ADALAH SUATU KEPAHITAN YANG MESTI DITELAN, MESKIPUN SEPERTI JADAM..NAMUN, KEMANISAN PASTI DIRASAI APABILA DESTINASI TELAH DIJELAJAHI”.. SHAH_FB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s