“Banyak isu kebajikan di SK perlu dijawab” -Adi Syahid

Posted: September 26, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

UNIV. SAINS MALAYSIA | Wakil ProM PPiP, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali dimaklumkan bahawa terdapat beberapa isu wajar diambil perhatian kerana melibatkan kebajikan mahasiswa dalam perhimpunan Sukarelawan ProM Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (PPSK) pada lewat petang di sini.

Banyak isu sebenarnya dan kebanyakan adalah isu kebajikan kita (mahasiswa). (Antaranya adalah) isu pengurusan Makmal Komputer yang yang tidak mesra pelajar dan tidak ada tempat wudu’ bagi Muslimah di Surau PP (fakulti),” jelas Sdr. Adi Syahid.

Beliau juga mempersoalkan mengapa ‘TV Awam’ di Foyer SK tidak dimanfaatkan khususnya pada waktu perdana atau waktu Berita 1.30 petang ke udara (on air).

Beliau yang juga Ketua ProM Universiti meminta ahli MPP yang berwajib agar selalu turun ke padang (PPSK) dan terlibat secara langsung dengan program-program akademik anjuran Pusat Pengajian.

Apabila ditanya adakah beliau akan menjadi calon ProM di peringkat PPSK sendiri, beliau menyatakan bahawa pihak MT ProM masih belum membuat pertimbangan akhir tentang percaturan calon untuk PRK kali ini.

Walaupun bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa ProM kampus induk sudah mempunyai cukup calon untuk kerusi umum dan PP (fakulti). -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s