Cerita monyet-kera, Maharajazhou dan pisang…

Posted: September 25, 2008 in Meja Editor
Tag:, ,

Meja Editor | Tidak sangka Kami, bahawa keberadaan Suara Mahasiswa (SM) yang menjadi lidah rasmi Pro Mahasiswa USM (proM) kurang 2 minggu lalu telah menggamit perhatian banyak pihak.

Blog ProM ini telah pun menjadi cerita sensasi dalam portal kampusnegara.net. Terima kasih atas perhatian tersebut kerana terus menyokong kami.

Terima kasih juga atas penulisan spekulasi oleh Raja Bloggers UMNO-Apirasi, Maharaja Zhou kerana telah menulis tentang kami yang masih baru ini dalam blog propagandanya.

Jadi, Meja Editor kali ini hanyalah ingin mencetuskan budaya berfikir dalam kalangan kita berhubung hal-hal ini.

Bagi kami, apa yang disebut-sebut oleh Maharajazhou mungkin disebabkan oleh keprihatinan beliau tentang politik mahasiswa USM itu sendiri. Beliau tidak mahu mahasiswa USM ini terjebak dengan PAS atau pembangkang, mungkin?

Namun, persoalannya adakah wajar mahasiswa terlibat dengan Aspirasi Kerajaan atau lebih tepat disebut UMNO? UMNO cauvenisme, adakah mahasiswa patut disogok dengan politik sebelum merdeka ini?

UMNO banyak dibuktikan terlibat dengan rasuah @ politik wang, adakah mahasiswa USM patut mengikut perasuah?

UMNO selalu mengheret individu-individu tertentu yang masih belum dibuktikan bersalah ke Penjara dengan menggunakan ISA, adakah mahasiswa wajar diajar menyokong kezaliman?

Pemimpin UMNO ada yang telah meletupkan Altantuya Shaaribuu, adakah kita boleh menerima kepimpinan ganas seperti ini?

Apabila kami yang belakangan ini bertungkus-lumus mengetengahkan idealisme mahasiswa melalui platform ProM, janganlah kami ini dianggap sebagai Pembangkang atau PAS.

Kami mahasiswa, tidak bersediakah kerajaan menerima pandangan kedua dari mahasiswa? Atau Kerajaan hatta proksinya Aspirasi Saiful Bukhari ini mahu jadi diktator dalam negara Malaysia yang permai ini?

Kami menasihat atau pemberi pendapat sahaja. Jangan kerana media SM ini lantang kami dirumuskan sebagai pembangkang.

Analogi kami cukup mudah – kalau Encik Maharaja Zhou seorang yang gemar memakan pisang, wajarkah kami menganggap Encik sebagai Monyet atau kera kerana kegemaran Encik sama dengan Kera dan monyet di hutan?

Pembangkang ada fungsinya. Begitu juga dengan Kerajaan. Sebenarnya Mahasiswa juga ada fungsinya – agent of change, catalys, check and balance, independent group, pressure group dll.

Jangan kerana kelantangan kami yang secara kebetulan sama lantang dengan pihak-pihak tertentu di luar sana, kami juga dirumuskan sebagai sebahagian daripada mereka.

Begitu jugalah dengan diri Encik Maharajazhou. Bagi kami, Encik Maharajazhou tetap bloggers yang wajar dihormati dan diihargai penulisan spekulasinya. Monyet tetap monyet biarpun monyet ini memakan pisang yang menjadi kegemaran peribadi Maharaja Zhou, jika benar.

Media seharusnya menjadi pencetus pemikiran. Maka, SM cuba untuk bersama-sama kampusnegara.net di peringkat nasional demi mengembalikan idealisme mahasiswa sejagat.

Di kampus, jika ada rumusan @ spekulasi semacam ini, seharusnya ditolak kerana bimbang pihak lain juga cepat-cepat merumuskan kita sebagai monyet kerana kegemaran kita memakan pisang sama seperti monyet di dalam hutan dll.

Akhir kata dari kami, Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemenangan Fitrah. Selamat bercuti juga buat mahasiswa khususnya USM. Manfaatkan cuti sebaik mungkin kerana sekembalinya kita ke kampus pada 6 Oktober kelak lebih mencabar.

Warga SM memohon maaf sempena bulan keberkatan ini dan menyeru semua pihak terus menyokong SM ini. Ayuh jadikan SM media pendidikan kita. Ayuh melaksanakan perubahan. Ayuh Bersama Universiti Menjunjung Perubahan!

Advertisements
Komen-komen
  1. ibnrashd berkata:

    Tahniah kpd ProM krna tlh mula menjadi sebutan d Bumi Minden tercinta ini..
    Semoga kewujudan kalian dpat mewujudkan suasana check n balance dlm plitik kampus..
    Cuma sy brharap jgn jadikan isu politik ngara sbagai mainan krn ianya akan memperlihatkan ProM seperi ‘sampah-sampah d tepi longkang’…
    Tuduhan tanpa bukti kukuh adalah fitnah, jd isu Altantunya itu x patut berda d sini..
    Jgn krna mngejar nama, kita sanggup gadaikan agama…

  2. McD berkata:

    Tuduhan tu bukan tidak kukuh, cuma x dibicarakan di Mahkamah. Orang yang buat akuan bersumpah pulak yg masuk ISA. Hahahaha. Biasalah….Maybe tulisan cuba perli pihak-pihak tertentu sahaja. Sekadar pandangan!

  3. Sitisifir berkata:

    Kelakar lah Abg nie. Ada ke crita pisang? Ciannya sapa yang terlibat. Kuang kuang kuang

  4. ibnrashd berkata:

    Benarkah akuan bersumpah mmg mngandungi knyataan yg benar?
    Mcmna plak ngan akuan bersumpah mnggunakan Al-Quran?
    Mungkin akuan bersumpah d pjabat lawyer lagi sah dr akuan bersumpah dlm masjid…
    erm…???
    Lagi satu, bolehkah akuan bersumpah dr seorg pngamal Islam Liberal d guna pakai?? ini sudah sah2 fasiq…
    Mungkin RPK ni bela jin @ berkawan ngan malaikat, so akuan bersumpah dia tu bleh d anggap valid…
    Sekadar renungan….

  5. Muhammad berkata:

    Abg nie xyah melalut lah. Seingat saya sumpah mesti dimahkamah, itupun selepas perbicaraan tidak menemukan jalan, tiada qarinah dll. Klu kita sumpah guna alquran ke atau sebut nama tuhan ke di mana2, itu melambangkan kejahilan kita je. Janganlah menunjuk kejahilan kita sangat dalam bab feqah nie terutama fiqh shafie sendiri. Sekadar berpandangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s