Perutusan ProM Sempena ‘Idulfitri…

Posted: September 23, 2008 in Suara Mahasiswa
Tag:,

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan Mahasiswa!

ALHAMDULILLAH, kita telah pun masuk ke fasa ke-3 madrasah Ramadhan. Tidak lama lagi, kita akan meraikan hari kemenangan setelah hampir sebulan kita memhempas pulas mendidik nafsu, jasad dan akan fikiran kita.

‘Idulfitri menjadi hari kembalinya kita pada fitrah manusia yang bersih; iaitu menjunjung keadilan, menghormati sesama kenalan, suka pada kebaikan serta citakan perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat (Universiti) dan Negara.

‘Idulfitri juga sepatutnya menjadi Hari Pembebasan kita dari sifat tidak baik, tidak amanah, tidak merendah diri, perkauman sempit serta tidak rasional. Ini kerana tindak tanduk kita seharusnya disuluh oleh ilmu dan pemikiran.

Dalam kesempatan cuti raya ini juga, jadikan peluang untuk kita menghabiskan tugasan-tugasan akademik dan mengulangkaji pelajaran kerana tidak lama lagi kita akan menempuhi peperiksaan akhir semester. Biar kita cemerlang akademik, terbilang siasah diri kita.

Cuti raya ini juga, jadikan peluang untuk kita saling berkunjung di rumah teman-teman mahasiswa kita; tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, idealogi serta pegangan adat. Ini kerana Islam sangat menggalakkan budaya saling menghormati dan mengeratkan tali persaudaraan semasa manusia.

Pada kesempatan ini, Pro Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (ProM) juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Idulfitri. Sepuluh jari kami hulurkan untuk memohon ampun dan maaf kepada ayahanda Naib Canselor dan TNC-TNCnya, teman-teman dalam MPP sehinggalah seluruh mahasiswa yang dimuliakan sekalian.

Kami juga ingin mengajak seluruh warga mahasiswa untuk bersama-sama kami melakukan perubahan dalam kepemimpinan MPP akan datang dengan memberi sokongan hanya pada calon-calon yang diangkat oleh mahasiswa @ ProM sahaja.

Marilah sama-sama kita melaksanakan perubahan selari dengan perubahan fitrah bersih kita yang cintakan perubahan dan mahu Universiti kita terus dijunjung sebagai Universiti Apex. Sekian.

BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s