YDP PMI ajak Sukarelawati ProM hayati Badar al-Kubraa

Posted: September 22, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , ,

USM INDUK | Yang DiPertua PMI, Sdr. Muhammad Ashraf Mohd Salleh mengajak freshes / Sukarelawati Pro Mahasiswa (ProM) untuk sama-sama menghayati spirit perjuangan oleh ahli-ahli Badar al-Kubra dalam Majlis Tazkirah Ramadhan pada jam 1o malam semalam di sini.

“Bulan Ramadhan sebenarnya bukan sahaja bulan ibadah (berpuasa, qiyammullail, solat taraweh dll), malah bulan berjihad. Ini kerana, Nabi dan Sahabat telah menyertai Badar al-Kubra dalam Bulan Ramadhan. Sepatutnya kita mengambil ‘ibrah (teladan) dengan melaksanakan kerja-kerja ProM secara lebih berjihad atau bersungguh-sungguh, profesional, rasional dan konsistan,” pesan Sdr. Muhammad Ashraf.

Beliau juga berpendapat bahawa pendirian berdepan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabat r.a.hum dalam Perang Badar bukanlah ditimbang tara atas kuantiti Sahabat r.a.hum atau kelengkapan bersenjata mereka; tetapi oleh keperluan pada waktu itu – iaitu menyahud panggilan Allah dan Rasul-Nya.

“Anggota Badar hanya 313 hingga 317 sahaja, sedangkan pesaing mereka lebih 1300 orang. Anggota Badar hanya menaiki 70 ekor unta secara kongsi-kongsi sedangkan pesaing mereka lengkap dengan 100 ekor kuda dan unta dalam bilangan yang banyak/tidak terkira. Ahli badar sangat sedikit bersenjata dan kebanyakannya berbekalkan pelepah tamar sedangkan pesaing mereka terdiri oleh 600 berbaju perisai dan semuanya bersenjata lengkap. ” tambah Sdr. Muhammad Asyraf.

YDP PMI turut mempersoalkan tentang patutkah dalam kalangan ProM berfikiran bahawa kita patut menagguhkan hasrat untuk menyertai PRK kali ini disebabkan jumlah Sukarelawan/wati kita agak sedikit berbanding pesaing kita; atau kelengkapan PRK kita agak tidak setara berbanding pesaing kita (iaitu Aspirasi).

Dalam ucapan akhir Sdr. Ashraf, beliau turut mengajak Sukarelawati ProM untuk menggandakan ibadah dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini.

Majlis Tazkirah Ramadhan ini berakhir dengan bacaam Doa Selamat dan laungan takbir serta moto Bersama Universiti Menjunjung Perubahan. -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s