Persepsi kita tentang ‘mahasiswa’

Posted: September 22, 2008 in Berita Kampus, Suara Mahasiswa

SANTAI | “Suatu bangsa yang maju tidak cukup hanya dengan pemimpin yang bijak dan bercita-cita tetapi memerlukan angkatan muda yang bukan sahaja cergas, tetapi juga bercita-cita”.Begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang. Angkatan muda dalam konteks kampus yang dimaksudkan di sini adalah golongan MAHASISWA yang terpelajar.

MAHASISWA digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merupakan golongan yang beridealisme tinggi. Adalah silap apabila wujud ‘suara-suara’ yang mengekang idealisme mereka kerana idealisme golongan mahasiswa harus dikembangkan bagi mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistematik yang boleh memacu ke arah kebangkitan dan merintis ketamadunan mahasiswa.

MAHASISWA merupakan suatu ‘kuasa’ yang boleh mencorak suatu generasi bertaraf ‘tamadun emas’ yang mampu berfikiran think out of the box . Corak dan gaya pemikiran mahasiswa perlulah datang dan lahir daripada intipati idea mahasiswa itu sendiri dan bukannya ‘cedok’ daripada pemikiran asing atau tradisi yang lapuk.

Idea anak muda yang segar lagi bernas harus di adaptasikan dengan tindakan yang rasional dan terarah oleh mahasiswa itu sendiri dan bukannya pula menjadi ‘budak suruhan’ kepada pihak-pihak tertentu.

 

Selari dengan taraf USM sebagai APEX universiti yang mahu melahirkan universiti terbilang bertaraf dunia, pro mahasiswa akan bersama-sama universiti menjunjung perubahan ini kerana itulah moto kami “Bersama universiti menjunjung perubahan”.

Jom kita terjah “beberapa” pendapat PRO MAHASISWA mengenai apa yang mereka faham “APA ITU MAHASISWA’?

“Mahasiswa yang intelligent adalah mahasiswa yang mampu menjadi pengerak kepada pelajar lain dan menjadi role model kepada masyarakat luar.Ketrampilan mahasiswa menjadi juru bicara masyarakat kampus patut dipuji dan dilihat sebagai satu mekanisme kecemerlangan evolusi pelajar.”

“Mahasiswa mempunyai perjuangannya yang tersendiri iaitu perjuangan menuntut hak-hak mahsiswa sama ada peringkat kampus ataupun nasional. Mahasiswa perlu mengaktifkan diri dengan masyarakat supaya produk keluaran universiti ini(mahasiswa) mampu menjadi agen perubahan penambahbaikan dalam masyarakat pada suatu hari nanti.”

“Mahasiswa adalah mahasiswa yang mampu menyuarakan pandangan serta idea-idea yang baru tetapi realistic dan praktikal untuk dilaksanakan. Anjakan paradigma pemikiran mahasiswa juga perlu berubah selari dengan pengiktirafan USM sebagai APEX universiti yang mahu melahirkan pelajar terbilang dan tahap pemikiran mahasiswa juga perlu setaraf dengan level APEX university”.

 

”Pada pandangan saya, mahasiswa bermaksud seseorang yang masih menuntut di mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan diluar negara. Mahasiswa adalah seseorang yang jiwanya tidak terkongkong dengan apa-apa pendapat luar yang menyekat pemikirannya. Mahasiswa adalah golongan interlek yang mampu berfikir tanpa ada faktor-faktor yang menyekat mindanya daripada berfikir sekaligus menghasilkan tindakan-tindakan yang diambil.”

“Mahasiswa adalah golongan cendiakawan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelektual selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Justeru itu, mahasiswa bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi sahsiah dan mempunyai softskill yang tinggi dalam komunikasi dan kepimpinan.”

 

“Mahasiswa pada masa kini adalah mahasiswa yang lesu, mahasiswa yang terlalu terikat dengan system pembelajaran dengan hanya menghadiri tutorial, kuliah,assignment, makan dan tidur.Tiada sikap untuk sama-sama memajukan diri dari segi sahsiah diri, akhlak, keterampilan, social (hubungan dengan masyarakat). Mahasiswa di lihat agak jumud dengan membuat sesuatu benda kerana atas ‘order’ atau suruhan dan bukannya atas inisiatif sendiri untuk mencari kemajuan diri”.

”Mahasiswa ialah generasi yang akan menerajui Negara pada masa hadapan. Generasi yang seharusnya mula belajar dan memerhatikan segala tindakan yang dilakukan oleh pemimpin masa kini. Mahasiswa juga perlu memikirkan apa sumbang mereka untuk Negara pada masa hadapan,tapi sebelum itu mereka harus mengembelingkan tenaga untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa apatah lagi apabila bergelar sebagai pemimpin kepada mahasiswa.”

Ektasi melahirkan satu perubahan atau biasa kita sebut sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap dan setiap zaman memerlukan perubahan.Setiap manusia bahkan Negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan.

Universiti Sains Malaysia kini juga telah mengorak langkah melakukan tranformasi itu melalui pengiktirafan sebagai APEX universiti . Tetapi adakah corak dan gaya pemikiran pelajar juga mencapai taraf APEX?

 

Ayuh bangkitlah mahasiswa dari lenamu yang panjang. Bangun dan sedarlah.Buka mata hatimu seluas-luasnya.Mahasiswa harus lantang bersuara memperjuangkan hak-hak mahasiswa.

 

MAHASISWA ADALAH MAHASISWA!

 

Jangan biarkan dirimu menjadi ‘proksi’ BHEP ‘berhaluan kiri’ yang menjadi dalang utama ASPIRASI selama ini. Maralah bersama-sama PRO MAHASISWA supaya ketamadunan mahasiswa usm selepas ini tidak lagi ‘bacul’.

 

Gelombang arus kebangkitan mahasiwa perlu dilaungkan supaya suara mahasiswa dapat didengari dan meresap ke arus perdana . Mahasiswa harus mencabar dan tercabar supaya dengan itu mereka belajar kerana kepimpinan anak-anak muda yang bergelar mahasiswa inilah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara kelak. Bersama Universiti Menjunjung P.E.R.U.B.A.H.A.N !

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s