“Jadikan SM sebagai media pendidikan kita” -Adi Syahid

Posted: September 22, 2008 in Berita Kampus
Tag:,

PPSK USM | Pro Mahasiswa (ProM) melancarkan risalah rasminya, Suara Mahasiswa (SM) demi menyalurkan info dan mengembalikan idealisme mahasiswa sebenar dalam kalangan warga Universiti pada jam 2.30 petang di sini.

Kita mahu Suara Mahasiswa bukan sahaja menjadi milik ProM, malah menjadi media pendidikan warga Universiti; kerana risalah ini akan mencetuskan budaya berfikir tentang peranan kita dalam Universiti, masyarakat dan negara yang tercinta ini,” ucap Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Sdr. Adi Syahid juga menyeru warga kampus membaca terlebih dahulu risalah ini sebelum membuat apa-apa justifikasi tentang idealisme perjuangan ProM USM.

Ketika ditanya adakah risalah ini telah mendapat cop kebenaran Universiti (khususnya BHEP) sebagaimana standard order seperti PRK-PRK lepas, ini pula jawapannya:

Untuk berfikir perlukah bertanya kepada pihak-pihak tersebut? Untuk membaca bahan pendidikan dan akademik, perlukah mendapat cop kebenaran pihak-pihak tersebut? Universiti adalah taman ilmu dan berfikir, maka penyebaran ilmu dan penggarapan budaya berfikir tidak harus disekat dan dilembagakan,” respon Sdr. Adi Syahid.

Tambah beliau lagi:

Segelintir pihak secara idealnya mahu mahasiswa berpartisipasi dalam PRK dan pemilihan MPP, namun dari satu sudut yang lain mahasiswa tidak dibenarkan mendapatkan maklumat secara bebas, berfikir secara rasional dan membuat keputusan mengundi secara adil oleh segelintir pihak tersebut. Adakah ini semangat demokrasi kampus yang mahu kita wajahkan dalam kampus kita?”

Sdr. Adi Syahid juga melahirkan kekesalan atas penahanan beberapa Bloggers di bahawa akta draconoin ISA oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Abdullah Hj Ahmad Badawi dan kerajaan Persekutuan sendiri belakangan ini.

Tiada makna Malaysia menyambut Hari Keamanan Sedunia di Putrajaya kelmarin (21 Sept.), sedangkan rakyat dan mahasiswa terus dibelenggu ISA, AUKU, OSA dan pelbagai lagi akta zalim serta tidak berprikemanusiaan -END

Advertisements
Komen-komen
  1. Machaa berkata:

    Jangan nak mempengaruhi mahasiswa dengan benda2 yang tak sepatutnya
    Mengapa takut utk dapatkan kelulusan BHEPP
    Kalau betul2 ProM ini jalan yang benar ikutlah peraturan
    perlukah melanggar peraturan
    sekadar nasihat je

  2. promusm berkata:

    Nasihat diterima dan dipertimbangkan. Perlukah semua perkara mengikut BHEP? Bagaimana pun jika satu-satu teguran itu melibatkan individu-individu tertentu dalam BHEP sendiri. Sanggupkah mereka menerima pandangan mahasiswa yang agak lantang dan berdepan ini? Jgn lebih sudu dari kuah. Saya pun nasihat juga ye….

  3. pang lima belas berkata:

    persoalan, apa yang mahasiswa mahu suarakan?
    apa yang mahasiswa mahukan?
    tak boleh sabarkah sehingga habis belajar?
    kenapa mahu tegar berpolitik?
    benarkah begitu akademik SM sehingga tidak mahu mendapatkan persetujuan BHEP?
    lupakah kita pada tujuan asal kita ke universiti??
    semoga diberi penjelasan dengan penuh akademik……..

  4. Pang Desa Aman berkata:

    Kate je sain politik di Universiti, tp xleh berfikir dan bagi pandangan ttg diri, MPP, Aspirasi dan negara kite.

    Politik ini maksudnye bukan masuk parti politik di luar. Politik ini adalah cara menguruskan kehidupan kita sehari2.

    Sah cik nik kawan cikmat kan? atau BHEP. Hehehe. Lawak je.

    KAWAN CHEMAT yg tahu pointernye.

  5. Cik Mas berkata:

    Sains POOOOOOOOlitik. 2 point something je. Hehehe kawan kiter tu. Patutlah dia berkawan dgn pang lima belas tuuu.

    Satu lagi, aku nak komen. Motto proM x gempaq lah. Cuba guna GENERASI BARU UNTUK MALAYSIA BARU ke? ia lebih nasional sesuai dgn otak kita yg tinggi ilmu, boleh berpikir dan tahu tentang gelombang perubahan di luar sana.

    Klu nak ikut, ikut. Klu xsuka, ikut kau orang lah. Aku just ckp je.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s