Isu tubuh PMI, Kubang Kerian cetus rasa!*

Posted: September 22, 2008 in Kubang Kerian
Tag:, ,

CETUSAN RASA | Salam . Ramai juga yang bertanyakan pendapat dan pendirianku berhubung penubuhan PMI di USMKK tercinta ini terutamanya menjelang ketibaan ayahanda tercinta, VC ke kampus kita esok. Di sini aku nyatakan sedikit coretan yang termampu aku titipkan buat semua. Moga kita semua diberikan fikiran yang rasional untuk menilai semula isu ini.

PMI sering dikaitkan dengan perjuangan pro-M di mana-mana sahaja universiti di Malaysia dan tidak terkecuali juga di USM induk sendiri. Pandangan stereotaip sebeginilah yang sebenarnya telah merosakkan institusi sebenar landasan perjuangan PMI.

Pelabelan oleh sesetengah pihak mengenai hal ini, pada pendapat aku mungkin menimbulkan keresahan kepada individu-individu tertentu dalam menimbangtara justifikasi penubuhannya apatah lagi dalam bahang PRK yang semakin menghampiri kita. Paling ketara ialah di Kampus Kesihatan yang terletak di bawah pemerintahan Kerajaan PAS sejak 10 tahun yang lepas.

Pada anggapan aku, itulah yang berlegar-legar dalam pemikiran semua pihak yang menentang gagasan penubuhan PMI ini di bumi kampus kesihatan kita. Padaku, anggapan bayangan ini wajar dikakis dari terus menjadi igauan buruk pada kesucian agama kita.

Konsep penubuhan PMI di USM lebih dari releven. Sebelum ini, dilihatkan bahawa kita terlampau bergantung pada PSP untuk menjalankan aktiviti kerohanian berlandaskan Islam. Mungkin disebabkan itulah, timbulnya salah faham dalam kalangan mahasiswa non muslim yang membawa kepada pemboikotan mereka terhadap PSP.

Ini sekaligus akan menjatuhkan reputasi dan kredibiliti PSP yang sepatutnya menjaga kebajikan semua ahlinya tanpa mengira ras kaum dan agama.

Dari segi penganjuran aktiviti, kita dilihat terlampau bergantung kepada Pusat Islam. Sudah menjadi polisi Pusat Islam bahawa setiap aktiviti yang dianjurkan biasanya tidak dijalankan secara langsung oleh pelajar. Maknanya, walaupun kertas kerja diluluskan Pusat Islam, tetapi dari segi mata meritnya gagal diperolehi student kerana tidak mendapat pengiktirafan pihak HEP.

Maka disinilah peranan persatuan Islam dalam menyelia dan menganjurkan program-program islamik bagi memenuhi rintihan Rohani mahasiswa USMKK sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan mata merit yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Mungkin ada yang mempertikaikan, kenapa perlunya PMI? Tidak cukupkah MPP? Benar, satu pembaharuan telah dilaksanakan oleh MPP sidang 07/08 dalam menegakkan islam sebagai perlembagaan utama MPP. Tetapi adakah ia akan berterusan sepanjang masa kerana kepimpinan akan silih berganti. Tetapi melalui PMI. Objektif dan visinya akan menjadi lebih jelas lagi.

Ada yang bertanya, jadi PMI ini hanyalah sebagai satu retorik semata-mata yang kononnya ingin menegakkan Islam tetapi mahasiswa sebenarnya tidak mendapat apa-apa kebaikan. Ini adalah kesalahan major yang difikirkan oleh minda seorang mahasiswa. Hakikatnya, PMI adalah diharapkan untuk menjadi wadah perjuangan dan pembelaan nasib mahasiswa.

Umum mengetahui bahawa masalah stress dalam kalangan pelajar perubatan Islam yang makin meruncing, isu kebajikan pelajar islam, bantuan kewangan dan dana kutipan kematian semakin tidak terurus. Maka disinilah kita melihat pentingnya sebuah persatuan untuk mengawal selia semua ini.

Akhir sekali, dari sudut peribadinya. Sering saya merasa cemburu dengan penganut agama Buddha, Kristian dan Hindu yang mempunyai naungan untuk ahli mereka. Mereka dapat menganjurkan pelbagai program dan menawarkan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Mereka juga mampu menyediakan khidmat pengangkutan untuk ke rumah ibadat mereka dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan nasib kita sebagai majoriti dalam USMKK ini.

Alangkah malunya apabila kita sebagai mahasiswa islam tidak ada satu mekanisme yang terancang dalam menjaga kebajikan ummah sedangkan kita suatu masa dahululah yang memperkenalkan konsep ini semua kepada ketamaduna barat. Apakah anda semua tidak berasakan sedemikian.

Oleh yang demikian, aku sebagai insan yang hina serta tiada berkepentingan dalam universiti ini merayu kepada mahasiswa yang terbaca coretan aku ini agar menyokong penubuhan PMI ini.

Semoga kita dapat menghakis tanggapan songsang terhadap PMI serta sentimen yang dimainkan sesetengah pihaka bahawa kononnya PMI menternak pembangkang dapat dihapuskan.

Semoga kita dapat sama-sama kembali kepada kegemilangan Islam dan memacu perubahan mahasiswa Islam di Kampus Kesihatan Ini. InshaALLAH.

MUHAMAD NAIM B. ABDUL RAZAK

Muslim Bloggers

USM Kubang Kerian

————————

* Tajuk asal adalah PMI USMKK: Antara Kosmetik, Retorik dan keperluan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s