“ProM sokong hasrat NC-Apex” -Izzati

Posted: September 21, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

PINTU UTAMA USM – Pro Mahasiswa (ProM) secara terbuka menyokong hasrat Naib canselornya, Tan Sri Prof. Dzulkifli Abdul Razak agar USM menerima budjet RM830j demi merealisasikan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) tersebut pada jam 9 pagi di sini.

APEX bagi kami (ProM) adalah kejayaan kita bersama – Universiti, ahli-ahli akademik serta Naib Canselor sendiri. Apa yang lebih penting, APEX ini akan memberi lebih peluang kepada mahasiswa untuk membangunkan potensi kendiri dan Universiti sendiri,” respon MPP ProM, Sdri. Nurul Izzati Samuri.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi GAMIS Pulau Pinang turut menyatakan bahawa status Universiti Apex ini sepatutnya meletakkan USM secara istimewa daripada Kerajaan Persekutuan kerana kejayaan USM kelak juga akan menjadi kejayaan Malaysia di peringkat global.

Beliau juga berpendapat USM sepatutnya sudah mendapat autonomi kampus yang lebih dari segi peruntukan  kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar (khususnya Sarjana dan PhD), kepemimpinan pelajar (MPP dan Pertubuhan Mahasiswa) serta piawaian yuran pengajian; sebagaimana yang telah digariskan oleh KPT/Kerajaan Persekutuan.

Sdri Izati juga menasihatkan kepemimpinan Aspirasi agar tidak memanipulasi anugerah Apex ini demi kepentingan sempit mereka dalam PRK kali ini.

“Tungkus lumus Naib Canselor, Pensyarah, Penyelidik dan mahasiswa amnya mereputasi nama Universiti, alih-alih Aspirasi mengaku anugera Apex ini disebabkan kepemimpinan mereka dalam MPP itu sendiri. Mahasiswa bukannya tidak tahu membezakan kebenaran dan penipuan,” jelas Sdri Nurul Izzati.

Beriau turut menunjukkan risalah tidak bermoral Aspirasi dalam kenyataan akhbar hari ini di sini. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. nurul iman berkata:

    Pengiktirafan USM sbg APEX university sewajarnya dihargai mahasiswa USM dan sepatutnya menjadi catalyst memangkinkan lagi semangat kita ke arah membudayakan sifat kepimpinan teladan dalam usaha ke arah melahirkan “the world class leader”

  2. nurul iman berkata:

    Pengiktirafan USM sbg APEX university sewajarnya dihargai mahasiswa USM dan sepatutnya menjadi catalyst memangkinkan lagi semangat kita ke arah membudayakan sifat kepimpinan teladan dalam usaha melahirkan “the world class leader”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s