Propaganda kita biarlah beretika!

Posted: September 21, 2008 in Meja Editor
Tag:, , ,

MEJA EDITOR | Walaupun MPP masih belum dibubar oleh Jawatankuasa Pemilihan MPP USM, kampus terus berdepan dengan perang risalah. Budaya perang risalah ini adalah lumrah dalam satu-satu pilihanraya.

Ini kerana perang risalah adalah suatu bentuk propaganda – iaitu membentuk sikap/mood mahasiswa amnya agar terus memberi undi kepada pihak-pihak propagandist.

Walaupun demikian, perang risalah dalam Pilihanraya Kampus USM tidak perlulah jauh dari nilai-nilai kebenaran dan kejujuran.

Kita tidak perlulah meniru propaganda liar sebagaimana lazim dalam pilihanraya umum/kecil di luar sana.

Kita mahasiswa. Sepatutnya segala tindakan kita seharusnya diikat dengan disiplin ilmu dan berfikir itu sendiri. Segala kampen atau propaganda yang dikeluarkan oleh kita seharusnya diikat dengan sikap tanggungjawab dan amanah.

Mari kita lihat risalah di bawah ini. Mari kita betul-betul cermati setiap infomasi yang cuba dilagukan dalam risalah propaganda ini. Mari sama-sama kita saling berfikir.

Patutkah propagandist risalah ini mendabit dada mengatakan bahawa pihak mereka menjadi punca penganugerahan Apex ke atas Universiti kita, Universiti Sains Malaysia?

Di mana fungsi kepemimpinan Naib Canselor, ahli-ahli akademik, tenaga penyelidik sehinggalah mahasiswa lain (yang bukan di pihak propagandist) yang sebelum ini bertungkus-lumus mereputasi mutu dan nama Universiti kita, USM?

Sebenarnya penganugerahan Apex Universiti bukanlah bergantung pada Aspirasi sebagaimana yang dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu ini, tetapi oleh faktor-faktor lain.

Mari sama-sama kita lihat penjelasan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin sebagaimana di bawah:-

USM dipilih sebagai Universiti Apex sleepas diberi penilaian yang lebh tinggi dalam tiga aspek iaitu keadaan semasa (pencapaian akademik dan penyelidikan), kesediaan untuk berubah dan penyediaan plan tranformasi (kepada kerajaan – yang berjudul Tranforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow)…”

[Utusan Malaysia, 4 Sept. 2008]

Orang tua kita dahulu ada berpesan sebagaimana dalam pantun dua kerat di bawah ini:-

Siakap senohong gelama ikan duri,  Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Sekian, salam perjuangan!

—————————

P/S: Seandainya propaganda ini datangnya daripada propagandist ASPIRASI, marilah sama-sama kita membuat perubahan dalam budaya berpilihanraya kita. Universiti kita telah pun Apex. Kita seharusnya lebih rasional dan bertanggungjawab sesuai dengan pengiktirafan pihak luar berhubung kebolehupayaan kita. Bersama Universiti Menjunjung Perubahan.

Advertisements
Komen-komen
  1. che mat berkata:

    aku ngaku salah aku tampal bende alah tu.tp nape x cabut je?

  2. promusm berkata:

    Assalamualaikum dan salam perjuangan.

    Encik, tidak payahlah memfitnah Che Mat dengan menggunakan nickname beliau ketika memberi komentar. Takkan Cik Mat sebodoh ini, bleh buat komentar sebagaimana Encik komenkan di atas ini.

    Mahasiswa boleh berfikir dan tahu yang mana komen sebenar Encik dan yang mana pandangan Cik Mat. Jaga akhlak kita ya. Maaf kerana menegur. Jujurlah dalam memberi pandangan.

    EDITOR SM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s