Induk sokong Kubang Kerian tubuh PMI

Posted: September 21, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

USM KAMPUS INDUK | Yang DiPertua PMIUSM, Sdr. Muhammad Ashraf bin Mohd Salleh memaklumkan bahawa Islamic Groups Kampus Kubang Kerian meminta sokongan rasmi Kampus Induk untuk menubuhkan Persatuan Mahasiswa islam (PMI) di sana.

Menurut Kubang Kerian, perjuangan menubuhkan PMI di sana telah dilakukan sejak tahun lepas. Malangnya, Pentadbiran Universiti langsung tidak mengendahkan perjuangan Islamic Groups tersebut,” jelas Sdr. Muhammad Ashraf.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi ProM turut menjelaskan bahawa Kampus Induk telah pun menghantar Surat Rasmi Pertubuhan sebagai tanda sokongan terhadap hasrat Islamic Group Kubang Kerian.

Beliau turut memaklumkan bahawa Kubang Kerian sedang menghadapi Gerakan Kristianisasi secara terbuka di sana.

“Kristianisasi (berlaku secara) terbuka. Gereja betul-betul depan kampus Kubang Kerian. Paderi-paderi di sana bebas mengakses mahasiswa/i Melayu Islam. Apabila isu ini dibawa ke atas (pentadbiran), mereka hanya suruh bersabar dan cuba sembunyikan barah ummah ini,” tambah Sdr. Muhammad Ashraf.

Pengerusi ProM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali ketika dihubungi berjanji untuk pergi ke Kubang Kerian untuk mendapatkan info terperinci dalam masa terdekat ini.

Ketika ditanya adakah isu gerakan Kristianisasi dan hasrat menubuhkan PMI di sana akan menjadi kandungan manifesto ProM akan datang, beliau meminta semua pihak bersabar menunggu Manifesto ProM tersebut.

“Manifesto kita sebenarnya telah pun siap. Kita sedang membuat penilaian akhir dari pelbagai segi. Isu ini tidak mustahil menjadi sebahagian teras perjuangan kita kerana kita berjuang demi kepentingan mahasiswa dan rakyat,” respon Sdr. Adi Syahid.

Pihak kami akan cuba mendapat maklumat lanjut berhubung Kubang Kerian -END

————————–

P/S : Pihak kami mengalu-alukan informasi lanjut dari Kubang Kerian. Email: reform.aspirasi@gmail.com. -END

Advertisements
Komen-komen
  1. kuntum berkata:

    Isu kristinisasi, tidak seharusnya di jadikan perkara yang besar bagi penubuhan PMI USMKK. Maklumat yang di beri tidak tepat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s