“E-voting, baik PRK UM jadi AF…” -Adi Syahid

Posted: September 21, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , , ,

LOBI PiPP USMPengerusi Pro Mahasiswa (ProM), Sdr. Adi Syahid Mohd Ali melahirkan rasa kecewa dengan demokrasi kampus Universiti Malaya kerana sanggup melaksanakan e-voting dalam PRK 2008 dalam Majlis Diskusi Buku Bersama-sama ProM pada jam 2.30 petang di sini.

“Ini (e-voting PRK UM) suatu kegelitaan demokrasi kampus. (Cadangan saya) Baik kita sms dari dewan kuliah atau bilik tidur di desa atau bilik mandi atau pasaraya Prangin Mall dalam Pilihanraya kampus kali ini, bukankah lebih mudah? Pemilihan kepemimpinan kita (MPP) dah (seolah-olah) jadi AF (Akademi Fantasia)… ” sinis Sdr. Adi Syahid.

Ketua ProM ini juga cuba mempersoalkan soal kerahsiaan undi mahasiswa kerana sebelum pengundi, identiti mahasiswa/pengundi perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

“Kita bimbang berlaku politik ‘balas dendam’ pihak-pihak tertentu apabila mendapati majoriti mahasiswa tidak lagi mengundi pihak-pihak mereka. Mahasiswa juga akan culture of fear dalam PRK kali ini. Ia (PRK) memang tidak demokratik,” respon Sdr. Adi Syahid lagi.

Beliau juga menafikan bahawa BHEP turut melaksanakan e-voting di sini apabila pihak kami bertanyakan berhubung keberangkalian USM juga akan menggunakan e-voting.

Sebelum ini. e-voting telah pun dilaksanakan secara menyeluruh di Universiti Sains Malaysia (UPM) dan beberapa fakulti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UiAM). -END

Advertisements
Komen-komen
  1. seseorg berkata:

    byk sgt typing error..”e-veting”…universiti sains malaysia (UPM)…

    harap “mahasiswa” double check dulu sblm post any entry. buat malu mahasiswa usm je

  2. promusm berkata:

    Terima kasih atas makluman ini. Redaksi kita masih belum ada pembaca pruf. Sebab itu kadang-kadang ada kesalahan ejaan.

    Terima kasih kepada Cik/Encik. Selepas ini bantu lagi yang secara tidak langsung untuk media pendidikan ProM ini.

    Orang yang melakukan kesalahan (khususnya salah ejaan) tidaklah perlu berasa malu. Yang patut berasa malu adalah orang yang takut mengatakan kebenaran meskipun pahit.

    Salam perjuangan mahasiswa dan BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN!

  3. Cik Mas berkata:

    Saya pun nak tolong ProM juga, tp dah keje di Shah Alam. Macam mana ek?

  4. ada akal berkata:

    tlog doakan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s