Demi Apex, USM perlu RM830j

Posted: September 21, 2008 in Nasional
Tag:, , ,

NASIONAL | Univ. Sanis Malaysia (USM) memerlukan peruntukan RM830 juta untuk melaksanakan pelan transformasi bagi tempoh lima tahun di bawah Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak, berkata keutamaan bajet untuk tempoh 2009 hingga 2013 itu akan bertumpu kepada agenda pembangunan modal insan ke arah melonjakkan kecemerlangan USM pada peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM3.95 bilion yang digariskan bajet USM sebagai universiti penyelidikan (RU) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10.

“Keutamaan bajet RM830 juta untuk pelan transformasi ini ialah melaksanakan pembangunan modal insan yang akan menggerakkan universiti, sekali gus memainkan peranan utama menentukan kejayaan mencapai matlamat program Apex.

“Antara usaha itu ialah melaksanakan program latihan kakitangan akademik serta pentadbiran, khususnya agenda meningkatkan kepakaran dan penguasaan pensyarah pada peringkat pascadoktoral dalam bidang terkini meliputi kedua-dua bidang kebitaraan USM dan juga bidang baru seperti biologi kimia, sains otak dan juga sains kognitif.

“Dalam konteks ini, USM tidak terdesak meningkatkan bilangan pensyarah memiliki kelayakan doktor falsafah (PhD) kerana sudah mencapai 75 peratus (daripada kakitangan akademik), iaitu melebihi sasaran Kementerian Pengajian Tinggi.

“Selain itu, USM akan menggaji profesor berkepakaran dan terkemuka bertaraf dunia dari luar negara, bukan saja untuk berkhidmat dalam akademik, tetapi berperanan melatih pensyarah universiti ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini mengumumkan USM sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpilih merintis program Apex selepas mengatasi saingan lain berdasarkan tiga kriteria, iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi serta kesediaan untuk berubah.

————-

Fokus isu: Pelan transformasi Apex tumpu pembangunan modal insan | RM830j diperlukan

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s