“Staff BHEP disaran jadi calon MPP juga” -Adi Syahid

Posted: September 19, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , ,

DATARAN SK USM | Pro-Mahasiswa telah mencadangkan kepada segelintir Staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) agar tidak masuk campur dalam soal pemilihan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pilihanraya Kampus (PRK) kali ini.

“Saya cuma memberi saranan. Jika mereka (segelintir staff BHEP) berminat untuk menyertai PRK kali ini, pada hari pencalonan sila hantar borang. Jom bertanding bersama mahasiswa,” ulas Jurucarakap Pro-M USM, Sdr. Adi Syahid Mohd Ali.

Sdr. Adi Syahid juga menyeru mahasiswa melakukan perubahan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini.

“Kita pun tahu 16 September telah berlalu. Namun, orang politik, ahli akademik, golongan profesional sehinggalah orang kampung, semuanya bercakap tentang perubahan. Ini bonus untuk Sdr. Anwar Ibrahim di luar sana.

Kita (mahasiswa) yang diberi pengajaran dan digalakkan berfikir, patutkah kita berpeluk tubuh di kampus membiarkan kepemimpinan kita (MPP) diisi oleh pemimpin-pemimpin yang lesu,” tegas Sdr. Adi Syahid.

Majlis berbuka puasa tersebut telah disertai oleh lebih 40 orang aktivis-aktivis baru mahasiswa.

Turut hadir adalah calon-calon Pro-M, Majlis Tertinggi Student Progressive Front (SPF), wakil Kelab Remaja Islah Malaysia (KARISME), dan bekas Calon Parti Mahasiswa Negara (PMN), Sdr. Zainulfaqar Yaacob.

Majlis bermakna tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan laungan moto Bersama Universiti Menjunjung Perubahan”


Advertisements
Komen-komen
  1. ain berkata:

    tahniah atas cadangan anda yg bernas itu… SPF??? berdaftar kah?

  2. promusm berkata:

    Setakat ini SPF masih dalam proses pendaftaran. Sebenarnya mustahil krn AUKU menghalang hal demikian.

    SPF semacam Aspirasi dan ProM juga, masing-masing adalah platform mahasiswa menyampaikan saranan.

  3. Machaa berkata:

    Hmm…
    Satu usaha yang menarik untuk mengaburi mata mahasiswa dengan meletakkan kesalahan pada bahu orang lain….Tugas MPP adalah perjuangkan hak Mahasiswa USM
    fikir2 kan ye
    and nak tanya lagi satu soalan
    perlu ke melibatkab politik luar dalam kampus
    saya bertanya kerana logo anda mengingatkan saya mengenai Kempen Pakatan Rakyat
    Dan gambar manusia tu Brother Anwar Bin Ibrahim kan

  4. Madi berkata:

    Iyerke…MPP pejuang hak mahasiswa. Ahakahakahaahkahhak. Dulu aku kene trun padang kawan 2 3 pagi, ko org buat ape….Jgn tkut bygang sendiri maaaa..

  5. Hilyatul Aulia berkata:

    Berjuanglah selagi anda pasti niat anda ikhlas kerana ALLAH.

  6. jatjenin berkata:

    terima kasih kerana ikhlas kerana memaki hamun orang lain dan juga banyak memberi gelaran buruk kepada orang.

    ikhlas semua tu, ganjaran pahala besar.

    tanamkanlah sifat tahu bersyukur,

  7. saintis islam berkata:

    teruskan berjuang.Kami support anda..salam perjuangan dari uni malaya–pro m-peneraju perubahan mahasiswa

  8. pmium berkata:

    quote : bekas Calon Parti Mahasiswa Negara (PMN), Sdr. Zainulfaqar Yaacob.

    aiyo bang.. dh la guna nama usm.. lagi mau bikin up nama sendiri.. ape brg bro.. nak tipu pun agak2 la… xkan nak buang taik kat tempat org lain kot.. sndiri pny tandas pun tak mau nak terima… aiyoooooooooo… yg dak2 usm ni pun sm2 tertipu.. berkiblatkan sgt la org yg extend bertahun2 kat um.. akhrnya nm usm d jijikkan demi menaikkan nama sendiri…

    kah kah kah kah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s