Akibat edar risalah PBT, mahasiswa dikasari

Posted: September 19, 2008 in Berita Kampus
Tag:, , , ,

UNIV. SAINS MALAYSIA | Seorang pelajar dari Persatuan Bahasa Thionghua (PBT), Sdr. Choon Wai telah dikasari oleh seorang pihak keselamatan Universiti kerana mengedarkan risalah yang tiada cop BHEP di Sekolah (Fakulti) beliau kelmarin.

“Risalah itu di dalam bahasa Cina. Saya bertanya kepada Abang Keselamatan itu, Adakah dia tahu apakah isi kandungan risalah itu?,” respon Choon Wai.

Choon Wai juga memaklumkan bahawa beliau bertanya sedemikian kerana beliau yakin pihak Keselamatan serkap jarang, tidak tahu pun apa isi kandungan risalah tersebut kerana yang menuduh saya adalah etnik Melayu.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak keselamatan telah mengambil no.mobile peribadinya.

Wakil Student Progresive Front (SPF), Sdr. Jing Cheng ketika dihubungi mengesahkan bahawa mangsa kekasaran pihak keselamatan itu bukanlah aktivis SPF.

Beliau juga melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku.

“Sepatutnya mahasiswa diberi kebebasan mengakses maklumat. Mengapa BHEP tiba-tiba cuba menyekat kebebasan maklumat ini?,” ulas Sdr. Jing Cheng.

Jurucakap Pro Mahasiswa USM (Pro-M), Sdr. Adi Syahid Mohd Ali ketika dihubungi turut melahirkan rasa kecewa.

“Sepatutnya apabila Universiti (sudah) Apex, BHEP dan pihak keselamatan juga sedemikian. Saya kecewa,” respon Sdr. Adi Syahid.

Pihak kami dimaklumkan bahawa mangsa kekasaran, Sdr. Chong Wai tersebut telah dipanggil melalui panggilan telefon oleh Pejabat Keselamatan Universiti dan beliau telah pun pergi ke sana semalam.

Pihak kami juga cuba mendapat maklum balas BHEP berhubung insiden ini, namun tidak dilayan oleh TNC sendiri. -END

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s