Kerana Saiful Bukhari, Aspirasi USM pun jadi GPMS?

Posted: September 18, 2008 in Nasional
Tag:, ,

BUKAN Lagi kemungkinan! Gabungan Mahasiswa Pro Pentadbiran BHEP (ASPIRASI) bersetuju untuk tidak lagi menggunakan nama Aspirasi demi mengekalkan undi popular mereka dalam kalangan mahasiswa IPT-IPT seluruh Malaysia.

Ini kerana nama baik Aspirasi telah tercemar dengan beberapa rekod buruk oleh public fegure utama Aspirasi sendiri.

Salah satunya adalah rekod Ketua Aspirasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Sdr. Saiful Bukhari Azlan.

Menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh lalu, Sdr. Azlan sanggup membuat akuan sumpah di Masjid Wilayah kononnya beliau telahpun diliwat sebelum ini oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Akuan bersumpah itu selain tidak menurut prosedur syara’, diragui berunsur politik.

Mahasiswa dan rakyat semakin meragui kredibiliti Ketua Aspirasi UNITEN tersebut apabila melihat beberapa gambar eksklusifnya dengan individu berprofil tinggi negara.

Rumusnya, mahasiswa dan rakyat terpaksa menolak sikap tidak senonoh Sdr. Saiful Bukhari Azlan yang sanggup menjadi pekakas politik Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional.

Keruntuhan moral Ketua Aspirasi UNITEN ini implisitnya menyebabkan kredibiliti Aspirasi Malaysia juga turut tercalar.

Mahasiswa dan rakyat tidak boleh menerima kepemimpinan yang kotor, dan cuba menghalang arus perubahan dalam kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

Kini, populariti Aspirasi di peringkat nasional juga telah terhakis.

Dalam suatu mesyuarat sulit di PWTC, beberapa pemimpin politik UMNO telah mencadangkan agar Aspirasi segera membuat perubahan dalaman.

Jalan terbaik bagi mendepani kebangkitan dan perubahan mahasiswa di kampus adalah menjadikan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebagai platform lanjutan.

Ya! Nama baru bagi Aspirasi tidak lama lagi adalah GPMS.

Mari sama-sama kita lihat adakah Aspirasi USM akar bertukar wajah pada GPMS?

Marilah sama-sama kita melihat bagaimana Aspirasi USM dapat melarikan diri dari kelibat Saiful Bukhari Azlan, Ketua Aspirasi UNITEN yang sanggup mengaku diliwat demi kepentingan duit ringgit UMNO?

Marilah sama-sama kita berfikir dan melaksanakan perubahan. Marilah sama-sama kita menolak evolusi Aspirasi Saiful Bukhari di Universiti kita. BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN!

Advertisements
Komen-komen
  1. Syaffiq Syazwan berkata:

    Assalamualaikum w.b.t…
    Saya nak bertanya, ape perbezaan perjuangan aspirasi, pmi, proM dan pro bebas?
    Mengapa kelompok ini tidak boleh duduk bersama?
    Belum ada lagikah mereka yang berani bersuara untuk menyatukan kelompok ini?

  2. mahasiswi usm berkata:

    salam, knape blog ni x di update..sdeynyer..

  3. Saya Insaf berkata:

    As-salam…
    Tak update??? memang la tak update…takda isu macam mana nak update??…Sudahkan terang lagi bersuluh…MPP yang ada sekarang telah berjaya membuka mata banyak pihak …Perlbagai kemajuan di capai bukan sahaja dari segi pembangunan mahasiswa malah aktiviti-aktiviti kerohanian….marilah bersama duduk semeja…betul kata syafiq tu….yang mana tidak sempurna dari segi keislaman kita sama fikirkan..itu cara terbaik membawa perjuangan kerana kedua-dua fahaman mempunyai Pro dan kontra…InsyaAllah…tetapi tiada siapa layak mengkafirkan atau menjatuhkan hukum…cara utama menjatuhkan Islam bukan lagi melalui penjajahan ekonomi,minda dan politik..tetapi melalui perpecahan dalam kalangan orang islam…..lihatla apa yang berlaku di Iraq,Pakistan,Iran…..Wallahualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s