DEBAT DIRAJA 2012: TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah:

  • Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
  • Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA.
  • Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA.
  • Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
  • Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pro Mahasiswa USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan debat yang telah berjaya mengondol kejuaraan dalam pertandingan debat diraja 2012 dalam tiga katogeri iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Terus membaca

DEBAT DIRAJA: DEBAT MAHASISWA GEGARKAN BUMI MINDEN

Pulau Pinang, 9 Feb : Seramai 500 pendebat daripada 24 institusi pengajian tinggi akan berkampung selama enam hari di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena pertandingan Debat Diraja Malaysia kali ke-16 bermula Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, sebanyak 84 pasukan akan mewakili universiti masing-masing dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua USM menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu yang mana kali pertama pada tahun 1999 dan tahun ini merupakan kali pertama USM menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Arab. Terus membaca

MAHASISWA TUBUH GMPK PEJUANG ISU PENDIDIKAN

SUARA INGINKAN PERUBAHAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA TERUS BERGEMA

Terbaru, hasil dari konvensyen yang diadakan di UKM beberapa bulan lalu, satu gabungan mahasiswa yang diberi nama Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan yang bertujuan untuk menjadi suara rasmi mahasiswa pendidikan seluruh Malaysia dalam memperjuang isu-isu dasar pendidikan, sumber tenaga pendidikan, mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kebajikan mahasiswa pendidikan di Malaysia.

Menurut Ahmad Muslihin Bin Ahmad yang merupakan gabenor peringkat IPT mewakili Universiti Sains Malaysia menyatakan visi dan misi gabungan akan menjadi nadi utama bagi mahasiswa pendidik di seluruh IPT di Malaysia.

Idea penubuhan Gabungan Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan (GMPK) telah dicetuskan hasil perbincangan Mesyuarat Pra-Konvensyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan pada 29 Oktober 2011 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Terus membaca

ISU BB1M: MAHASISWA PERLU BEINTEGRITI

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 yang lalu di Parlimen telah membentangkan serta memberitahu bahawa Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta akan diberikan kepada 1.3 juta mahasiswa dalam bentuk pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Namun begitu, selepas penyerahan Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai RM200 kepada mahasiswa IPT dan pelajar Tingkatan 6 dilaksanakan, kita diberitakan dengan tindakan segelintir mahasiswa yang melelong baucar-baucar yang diterima pada harga lebih rendah di Internet. Sepatutnya, baucar-baucar tersebut seharusnya ditebus dengan membeli buku-buku yang diperlukan sebagai material kuliah untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan bukannya sebagai jalan untuk mengaut untung segera yang bersifat sementara. Terus membaca

ISU RM40 UNTUK PEMOHON BARU USM

Pada tahun ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) hendaklah membuat permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM yang bernilai RM40. Hal ini telah menimbulkan banyak persepsi dan tanda tanya kepada mahasiswa dan bakal mahasiswa kerana sebelum ini, pemohon yang ingin menyambung pengajian di USM hanya perlu mengisi permohonan melalui pohon@usm sahaja tanpa perlu membeli PIN USM yang bernilai RM40.

Pelbagai tanda tanya dan persepsi yang dilontarkan terutamanya di Facebook berkaitan isu ini. Antranya ialah:

  • Mengapa USM mengambil tindakan sedemikian sedangkan USM adalah universiti berstatus APEX?
  • Hak pendidikan bukan hanya untuk golongan berada tetapi juga golongan bottom billion. Terus membaca

USM ANTARA 5 UNIVERSITI YANG DIBERI AUTONOMI

Universiti Sains Malaysia (USM) telah dianugerahkan Sijil Autonomi bersama-sama empat Universiti Penyelidikan (RU) lain iaitu UM, UKM, UPM dan UTM sempena Majlis Amanat Tahun 2012 Dato’ Seri Mohamed Khaled Noordin, Menteri Pengajian Tinggi yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

USM juga turut menggondol tempat kedua Webometrics Ranking of World Universities Julai 2011, Penarafan 5 Bintang Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 dan tempat kedua Penialaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2011 bagi Kategori Institusi Pengajan Tinggi Awam. Terus membaca