DEBAT DIRAJA 2012: TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah:

  • Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
  • Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA.
  • Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA.
  • Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
  • Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pro Mahasiswa USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan debat yang telah berjaya mengondol kejuaraan dalam pertandingan debat diraja 2012 dalam tiga katogeri iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


Pro Mahasiswa USM juga berbangga dengan pencapaian pasukan debat Bahasa Melayu Utama USM kerana berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan mendapat naib juara. Ini sekaligus telah menamatkan kemarau pasukan debat USM selama 13 tahun yang gagal ke pusingan akhir.

Barisan pendebat USM yang bertindak selaku barisan kerajaan dalam tajuk ‘Dewan ini Mencadangkan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Dipilih Melalui Pilihanraya’ yang diwakili oleh Affiqka Humaira Abdullah, Mohd. Hazry Zainal Abidin, Azimah Ashaari dan Noraninah Murah (simpanan) yang anya tewas tipis kepada pasukan debat UM dengan 4-3 undi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pertemuan di antara UM, sebuah universiti premier dan USM yang memegang status APEX diibaratkan sebagai pertembungan klasik. Katanya, kedua-dua universiti berada pada kelas tersendiri dan diketahui sejak sekian lama mempunyai reputasi yang cukup baik dalam arena perdebatan. Namun yang menjadikan ia bertambah menarik, sejak Debat Diraja diperkenalkan pada tahun 1995, kedua-dua universiti tidak pernah berpeluang bersemuka di pentas akhir dan perkara itu berlaku pada tahun 2012 di USM.

Timbalan Naib Canselor USM, Prof. Adnan Hussein, merasakan pertandingan akhir ini adalah satu sejarah dan ia amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Kejayaan pasukan debat USM muncul di pentas akhir juga memberikan satu signifikasi yang besar kepada universiti secara keseluruhan, selain kemampuan kita untuk menyerlahkan pasukan debat bahasa Arab buat julung kalinya pada tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, USM akan terus membudayakan debat dalam kalangan masyarakat kampus dan bercadang untuk melaksanakan pertandingan debat di antara pusat-pusat pengajian.

MASYARAKAT DISARAN POPULARKAN DEBAT MAYA

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah berharap agar masyarakat khususnya aktivis debat di negara ini disaran untuk mempopularkan debat maya (online) sebagai salah satu cara berhujah dalam konteks yang lebih matang dan berhemah. Beliau juga berkata debat maya juga menjadi medium untuk menggalakkan budaya debat yang sihat, selain mengelak fitnah dan menangkis perkataan-perkataan buruk seperti yang sering berlaku di laman internet.

Katanya, budaya debat tidak seharusnya berhenti sekadar dalam dewan perdebatan, sebaliknya perlu diteruskan dalam apa jua lapangan yang sesuai, termasuk di laman sosial seperti blog, twitter, facebook dan sebagainya.

“Kita perlu membawa budaya debat ini ke depan dan jangan sekadar berhujah di dalam dewan semata-mata. Sesiapa sahaja boleh mengutarakan pandangan dengan syarat ia dibuat dengan cara yang berhemah dan bertanggungjawab,” katanya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s