Hanya beberapa hari lagi mahasiswa-mahasiswi USM akan menghadapi peperiksaan yang sangat penting dan juga akan menyambut Tahun Baru 2012.
MPP Siti Nur Atikah Shamsuddin dalam notes beliau di dalam laman sosial Facebook telah mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan dan memberi beberapa tips dengan menulis satu artikel iaitu “Kita Boleh Berjaya”.
Antara kandungan notes itu ialah beliau berharap:
Harapan saya, ia akan membolehkan kita melangkah ke dewan peperiksaan dengan lebih yakin dan boleh mengatakan “Aku Boleh Berjaya”. Dan juga supaya kita mampu melangkah ke dewan pepriksaan dengan yakin dan berfikiran positif. Bukan dengan ketakutan dan kelemahan, sebaliknya bangkit menjadi hebat” Persediaan rohani, mental dan fizikal sangat penting untuk kejayaan kita dalam peperiksaan.
Selain itu, di dalam satu lagi artikel salah seorang lagi MPP Pro-Mahasiswa, Mohamad Iswandi Bin Ishak, beliau mendoakan semoga kita semua mampu melakukan yang terbaik dengan usaha yang telah kita usahakan. Beliau juga mengatakan USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN.
Dikesempatan ini juga, Pro-Mahasiswa USM ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir Semester 1 sidang akademik 2011/2012. Kepada semua mahasiswa, diharapkan sentiasa tenang dan bersedia menghadapi peperiksaan. Jangan dilupa, slip peperiksaan, kad pengenalan, kad matrik dan alat tulis yang secukupnya dibawa ke dewan peperiksaan. Semoga anda beroleh kejayaan dan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang anda tuntut sepanjang semester ini.
SELAMAT BERJAYA! GOOD LUCK!





















