Posted on October 10, 2009 by promusm
Posted on 11:01 PM by SUARA SISWA
Minden: 1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi bukanlah suatu pemikiran baru tetapi sebaliknya mencedok atau membodek secara halus motto baru kerajaan Malaysia.
Bagi Pro Mahasiswa pula isu perpaduan bukanlah isu yang perlu diperdebatkan lagi, perjuangan mahasiswa sejak dahulu lagi sebenarnya, kita bersama-sama seluruh aktivis mahasiswa tanpa mengira kaum bersatu padu dalam memperjuangkan hak dan suara mahasiswa.
Menurut Aktivis Pro M USM, Abdullah Bin Ahmad, komunikasi 3, pihak Pro Aspirasi menyatakan slogan 1 siswa 1 Malaysia 1Aspirasi adalah untuk mempertahankan status quo golongan tertentu. Mahasiswa amat bimbang isu perpaduan ini dimainkan hanyalah untuk memperkuatkan pihak tertentu sahaja, bukan bermatlamat untuk menangani masalah perkauman. Berbeza dengan kami Pro Mahasiswa, kitasejak dahulu lagi telahg tersemat di hati kami bahawa kami adalah satu bangsa Malaysia yang bebas dari mana-mana pengaruh penguasa atau pentadbir.
Kita juga sebenarnya bimbang dengan sikap taat membuta tuli Pro Aspirasi ini akan menghilangkan fungsi sebenar kita sebagai golongan semak dan imbang ataupun sebagai suara alternatif kepada sang penguasa dan pentadbir dalam memacu kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia.
Filed under: Uncategorized
‘golongan semak dan imbang ataupun sebagai suara alternatif kepada sang penguasa dan pentadbir dalam memacu kesejahteraan dan kelestarian kehidupan manusia.’ sampai bila perjuangan korang nak semak dan imbang? mana perginya tindakan korang untuk menyelesaikan sesuatu masalah tu. contohnya kita ada masalah perpaduan sekarang ni.so ’sang penguasa’ hendak menggunakan pendekatan 1malaysia yang logiknya akan mengingatkan kembali asas2 perpaduan dalam negara kita.
jadi asas perjuangan proM adalah semak dan imbang, korang pun akan bantai dan bangkanglah konsep 1malaysia ni, atas rasional semak dan imbang. jadi sampai bila masalah ni akan selesai. berbeza dengan aspirasi, mereka adalah golongan yang bersama-sama dalam menjayakan hasrat murni dan bersama-sama menyelesaikan masalah perpaduan ni. ProM mendakwa bahawa bahawa mereka bersatu padu dalam memperjuangkan suara pelajar. tapi persoalannya, apakah bukti anda bersatu padu dalam memperjuangkan suara pelajar? boleh tolong listkan masalah pelajar apa yang anda telah selesaikan? dalam proM ada beberapa komponen, spf,pmi,dan beberapa lagi..tolong huraikan apa spf dah selesaikan masalah pelajar? stakat buat surat dan hantar kepada TNC baik tak payah, budak tadika pun boleh buat. pastu setakat edarkan flyers memburuk-burukkan mpp,memburuk-burukkan universiti baik tak payah.
aku lihat MPP yang ada sekarang ni susah payah nak pastikan semua kebajikan terjaga,kalau dieorang bukak kaunter,mesti bende2 bermanfaat, contohnya pemberian amanah saham 1malaysia kpd 1st yer(teringat waktu aku lalu kat kaunter tu,ramai gler 1st yer), dulu waktu masalah desa, dieorg lagi yg tolong student utk dptkan blk desa. buat kutipan derma utk mangsa gempar bumi di padang,pastu dieorng turun pdg ngan tnc utk tgk masalah bus(teringat waktu aku salam ngan tnc dlm bus) dan mcm2 lagi. kalau tgk proM plak, bukak kaunter, buat soal selidik menjatuhkan universiti, menjatuhkan org lain,edar bende2 yang tak sepatutnya, menghasut org. apa semua ini? aku sbg 2nd yer student amat kecewe dgn ProM yang kononnya pro kepada student.