1Siswa, 1Malaysia: kemampuan mahasiswa USM dipersoal

Oleh: Sumayyah Suhaimi
MINDENHEIGHT, 11 Sept. | Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan mempersoal kemampuan mahasiswa untuk menjayakan gagasan 1Malaysia, ekoran mereka sendiri dikatakan tidak jelas tentang gagasan itu.

“Kebanyakan mahasiswa sekarang tak jelas gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri Malaysia (Dato’ Seri Najib Tun Razak).Jadi, bagaimana mereka boleh realisasikan gagasan ‘1siswa, 1Malaysia’?”

Jelasnya lagi, sikap terus menerima apa jua dasar kerajaan tanpa terlebih dahulu menilai dasar-dasar tersebut disebabkan mahasiswa tidak tahu peranan masing-masing.

“Mahasiswa merupakan agen ‘check and balance’ kepada pemimpin negara. Jadi, kita perlu kritik idea-idea mereka, bukan terus terima bulat-bulat gagasan 1Malasyia.”.

Beliau yang bertanggungjawab mendraf gagasan ‘1Siswa, 1Malaysia’ mengajak seluruh mahasiswa berani mengkritik sebarang gagasan (termasuk 1Malaysia), tanpa mengira ianya datang dari jalur pemerintah atau oposisi.

Bercakap pada sidang media diPusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, di sini, beliau mendakwa sokongan membuta-tulis mahasiswa terhadap gagasan itu sebagai kosmetik dan retorik.

“Bagi saya, resolusi yang dicapai, (dan) dihantar kepada Kementerian (Pengajian Tinggi) hanyalah sekadar satu retorik.”

“Ia suatu kosmetik agar Najib melihat ia (resolusi MPPUSM) suatu sokongan kepadanya.”

Gagasan 1Malaysia mula diperkenalkan kerajaan Malaysia selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak dimahsyurkan sebagai Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Pengenalan gagasan itu, sekaligus menenggelamkan beberapa gagasan Perdana Menteri sebelumnya seperti Islam Hadhari oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi; dan Wawasan 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad. -END

5 Responses

  1. Mahasiswa yang buta sahaja yang nampak gagasan 1 Malaysia penuh ‘keharmonian’. Mana datang 1 Malaysia? Kita masih ada sistem pendidikan yang berlainan berorientasikan sistem vernakular, akhbar yang berlainan mengikut kaum dan yang penting parti politik juga berasaskan kaum. Jika mahu 1 Malaysia, batalkan semua perkauman barulah wujud satu negara bangsa iaitu Malaysia.DS Najib masih bermimpi di siang hari.

    Mahasiswa diharap untuk mengkritik? Mengambil tahu isu luar dan dalam negara pun tidak. Hal dalam luar kain artis, adalah.

  2. every PM want to impress propaganda to us…i think it is clique plan to gain more money…finally most of these project were fail…eg multimedia supercorridor

  3. mahsiswa x faham ke atau Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) Siti Hajjar Hassan ini yg tidak faham atau buat2 tidak faham….tidak baca paper atau internet kt blog 1Malysia ker…tu la asyik buka dan bca bolg yg asyik fitnah dan sebar provokasi jer seperti harakah,paper pembangkan dan bolg pembangkang jer….cuba open skit baca semue benda…

  4. hi..saya pelajar dari usm kampus kejuruteraan ingin menanya kepada pihak pro-mahasiswa usm yang sentiasa menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswi.

    Di kampus kejuruteraan , ramai pelajar tidak berpuas hati terhadap kepimpinan mpp pro-universiti ke atas sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak menjaga kebajikan kita selama beberapa semester yang lepas..Ramai pelajar dekat sini amat kecewa dengan mereka dan ingin menyertai pihak pro-mahasiswa..tetapi, pihak pro-m di sini seolah-olah macam tidak wujubnya! apakah masalahnya?

    kampus kita telah lama dipimpin oleh pihak pro-u, kerana pihak pro-m yang tidak mempunyai calon bertanding dalam pilihanraya kampus beberapa kali yang lepas menjadikan mereka menang tanpa bertanding!
    kalau kita di sini ingin menyertai pihak pro-mahasiswa, apakah yang perlu kita buat?

    harap dapat balas saya dengan secepat mungkin!

    hidup pro-mahasiswa!!

  5. salam ziarah dan salam perjuangan…

    pada pendapat saya parti politik dari luar seperti umno cuba hendak memasuki kampus apabila kita melancarkan satu siswa satu malaysia….

Leave a Reply