MAHASISWA DAN POLITIK: HUBUNGKAIT ANTARA KEDUANYA

2 05 2012

Saya cukup tertarik dengan beberapa pendapat mahasiswa yang mengatakan mahasiswa tidak perlu berpolitik, politik hanyalah untuk orang dewasa dan kita masih lagi terlalu muda untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut. Tidak salah saya mengatakan pendapat ini ada betulnya bahkan Tun Dr. Mahathir sendiri pun melibatkan politik selepas beliau bekerja dan mempunyai duit dan kewangan yang kukuh. Namun perlu diingat, zaman telah berubah dan teknologi semakin maju. Tidak wajar sekiranya kita menyekat sepenuhnya mahasiswa dari berpolitik.

ASET YANG BERNILAI: Mahasiswa merupakan aset pelaburan jangka pajang yang cukup bernilai bagi sesebuah negara. Merekalah golongan berpendidikan yang akan menyumbang banyak kepada pembangunan negara. Bagaimana golongan yang dikatakan berpendidikan ini mampu memberikan hasil yang terbaik kepada negara sedangkan isu-isu semasa dan pengetahuan am berkaitan politik ini disorokkan dari mereka? Adakah wajar kita membiarkan mereka mengadap buku 24 jam semata mata tanpa mengetahui apa pun yang berlaku di sekeliling mereka?

MASA LAPANG: Mustahil kalau kita ingin mengatakan semua mahasiswa yang tidak ambil tahu berkenaan politik menghadap buku 24 jam. Habis, ke mana masa mereka disalurkan? ada yang bergiat dalam aktiviti mahasiswa, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, namun perlu diingat, berapa ramai yang menghabiskan masa mereka dengan bermain game, tengok bola, gossip pasal artis, ber ‘facebook’ dan ‘chat’ sehingga pukul 3 pagi, saya tidak mengatakan itu perkara yang salah dan tidak salah kalau sekadar ingin melepaskan tension. Namun seandainya mereka mempunyai masa lapang untuk dihabiskan kedalam aktiviti tersebut, salahkah ada yang meluangkan masa untuk mengikuti perkembangan politik diluar? Baca baki entri ini »





SELAMAT KEMBALI KE USM

19 02 2012

Pro Mahasiswa USM mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan mahasiswa yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester 1, sesi 2011-2012 baru-baru ini.

Walau sebaik dan seburuk manapun keputusan tersebut, itulah keputusan yang anda telah usahakan selama semester 1 yang lepas. Kepada yang kurang berjaya, semester 2 ini masih ada ruang dan peluang yang terbuka luas untuk anda memperbaiki keputusan ini. Teruskan usaha yang gigih demi mencapai kecemerlangan.

Selamat Kembali Meneruskan Perjuangan Sebagai Seorang Mahasiswa Di Bumi Minden.





MAHASISWA YANG CUKUP UMUR DISARAN UNTUK MENDAFTAR

17 02 2012

 

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kira-kira 60 peratus daripada 3.7 juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendaftar merupakan golongan muda yang berusia 21 hingga 30 tahun.

Faktor utama kegagalan 3.7 juta rakyat mendaftar sebagai pengundi dipengaruhi oleh usia mereka yang masih muda dan kebanyakan mereka masih sibuk belajar dan mencari pekerjaan. Anak pasca-kemerdekaan tidak nampak perjuangan politik dalam negara dan ada sesetengah daripada mereka menganggap politik itu hanya merupakan hal ibu bapa.

Menurut Prof Dr. Ahmad Atory, mereka yang membesar pada zaman perjuangan kemerdekaan berlumba-lumba mengundi untuk memilih parti terbaik bagi memerdekakan negara, tidak seperti sikap negatif generasi sekarang. Baca baki entri ini »





PINDAAN AUKU DIBENTANG DI PARLIMEN MAC INI

17 02 2012

Pada 24 November 2011 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia telah membuat satu pengumuman untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan mahasiswa berusia 21 tahun ke atas menganggotai parti-parti politik di luar kampus.

Hampir 4 bulan berlau, kini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memberitahu bahawa proses pindaan AUKU 1974 hampir selesai dan rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Mac ini. Baca baki entri ini »





DEBAT DIRAJA 2012: TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

16 02 2012

Pertandingan Debat DiRaja adalah merupakan pertandingan debat antara IPT Malaysia yang bermula sejak tahun 1995 dan dikawalselia oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM). Antara objektif yang ingin dicapai dari pertandingan debat ialah:

  • Menjadikan Pertandingan Debat DiRaja antara Universiti-Universiti Awam Malaysia sebagai pertandingan perdebatan yang terunggul di Malaysia.
  • Memperkenalkan dan menerapkan budaya perdebatan dan pengucapan awam yang sihat di kalangan para mahasiswa IPTA.
  • Menerapkan nilai dan sikap positif dari segi intelek, akademik dan perdebatan di kalangan mahasiswa IPTA.
  • Merapatkan ikatan kerjasama di kalangan pendebat di Universiti-Universiti tempatan.
  • Menyemai semangat dan budaya membaca aras tinggi di kalangan pelajar agar lebih berpengetahuan tentang perkembangan semasa di Malaysia dan antarabangsa.
  • Meningkatkan keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal dalam kalangan mahasiswa tentang isu-isu semasa berasaskan tradisi argumentasi, perbincangan perbahasaan, kajian dan penganalisaan fakta boleh dipertanggungjawabkan.

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

Pro Mahasiswa USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan debat yang telah berjaya mengondol kejuaraan dalam pertandingan debat diraja 2012 dalam tiga katogeri iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Baca baki entri ini »





PILIHANRAYA KAMPUS MEDAN POLITIK MAHASISWA

16 02 2012

Kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik telah lama diperkatakan, sama ada politik kampus ataupun politik negara melibatkan parti-parti tertentu. Rata-rata penuntut yang ditemui bersifat berkecuali daripada terlibat dengan politik tetapi tidak menolak untuk menyokong mana-mana pemerintah.

Saban tahun ratusan mahasiswa mendaftar di universiti dan kolej dengan pelbagai keinginan, matlamat dan gaya penampilan untuk menambah ilmu di dada. Teruja mengulang kaji pelajaran untuk mendapat segulung ijazah dalam pelbagai bidang di menara gading.

Kehidupan yang mencabar di kampus sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungan mereka bertembung dengan isu semasa yang melibatkan kepemimpinan, keilmuan, pergerakan politik dan perjuangan peribadi. Baca baki entri ini »





DEBAT DIRAJA: DEBAT MAHASISWA GEGARKAN BUMI MINDEN

10 02 2012

Pulau Pinang, 9 Feb : Seramai 500 pendebat daripada 24 institusi pengajian tinggi akan berkampung selama enam hari di Universiti Sains Malaysia (USM) sempena pertandingan Debat Diraja Malaysia kali ke-16 bermula Sabtu ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, sebanyak 84 pasukan akan mewakili universiti masing-masing dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, ini merupakan kali kedua USM menjadi tuan rumah bagi pertandingan itu yang mana kali pertama pada tahun 1999 dan tahun ini merupakan kali pertama USM menghantar pasukan untuk kategori Bahasa Arab. Baca baki entri ini »








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.